Pejabat Staf Am Tentera Darat Imperial Jepun (参謀本部 , Sanbō Honbu), juga dipanggil Staf Am Tentera Darat, merupakan salah sebuah daripada dua agensi utama yang bertanggungjawab mengawasi Tentera Darat Imperial Jepun (IJA).
Kementerian Tentera Darat (陸軍省 , Rikugunshō) telah ditubuhkan pada April 1872, bersama-sama dengan Kementerian Tentera Laut, bagi menggantikan Kementerian Hal Ehwal Ketenteraan (Hyōbushō) pada awal kerajaan Meiji. Pada mulanya, Kementerian Tentera Darat bertanggungjawab atas pentadbiran dan pemerintahan operasi Tentera Darat Imperial Jepun; bagaimanapun, dari Disember 1878, Pejabat Staf Am Tentera Darat Imperial mengambil alih kesemua kawalan operasi IJA, membiarkan Kementerian Tentera Darat hanya dengan fungsi-fungsi pentadbiran. Staf Am IJA dengan itu bertanggungjawab bagi persediaan rancangan perang; latihan ketenteraan dan penggunaan gabungan tempur; perisikan tentera; pengarahan gerakan trup; aturgerak trup; dan menyusun peraturan perkhidmatan tentera, sejarah ketenteraan, dan kartografi.
Ketua Staf Am Tentera Darat adalah pegawai paling kanan dalam Tentera Darat Imperial Jepun dan mendapat, bersama-sama dengan Menteri Perang, Menteri Tentera Laut, dan Ketua Staf Am Tentera Laut, akses langsung kepada Maharaja. Pada zaman perang, Staf Am IJA membentuk sebahagian daripada jabatan tentera darat Markas Besar Imperial, sebuah badan ad hoc dibawah seliaan maharaja yang ditubuhkan untuk membantu menyelaraskan keseluruhan pemerintahan.
Organisasi Pejabat Staf Am Tentera Darat menjalani beberapa perubahan disepanjang sejarahnya. Sejurus sebelum bermulanya Perang Pasifik, ia telah dibahagikan kepada empat biro operasi dan beberapa cabang sokongan:
Keta Staf Am Tentera Darat (Jeneral atau Fil Marsyal)
Naib Ketua Staf Am Tentera Darat (Leftenan Jeneral)
Nota: Pangkat yang diberikan untuk setiap orang adalah pangkat yang dipegang pada akhirnya, bukan pangkat dipegang pada masa menyandang jawatan sebagai Ketua Staf Am Tentera Darat. Sebagai contoh, pangkat Fil Marsyal hanya wujud pada tahun 1872/73 dan dari tahun 1898 seterusnya.