Posisi pemadang kanan (bahasa Inggeris: right fielder, dipendekkan kepada RF) merupakan posisi pemadang luar dalam sukan besbol atau sofbol untuk bermain bertahan di kanan padang. Posisi kanan padang merujuk kepada kawasan kepada orang yang berdiri di plat rumah (home plat) dan menghadap ke busut pelempar (pitcher's mound). Dalam sistem pernomboran yang digunakan untuk merekodkan permainan bertahan, pemadang kanan akan diberi jersi nombor 9.[1]