Dalam dinamik bendalir, pembetingan atau penggosongan ombak ialah kesan yang dengannya ombak permukaan memasuki air lebih cetek meningkat tinggi gelombangnya (kira-kira dua kali ganda amplitudnya). Ini disebabkan oleh halaju kumpulan, yang juga merupakan halaju pengangkutan gelombang-tenaga, mengurang dengan penyingkatan kedalaman air. Dalam keadaan pegun, pengurangan kelajuan pengangkutan ini mesti dipampasi oleh pengingkatan ketumpatan tenaga untuk mengekalkan fluks tenaga malar.[1] Ombak membeting juga akan menunjukkan penyingkatan panjang gelombang sementara kekerapan kekal malar.
Di dalam air cetek dan dalam kontur kedalaman, ombak bukan pecah akan meningkat tinggi gelombangnya sebaik bingkisan gelombang memasuki perairan lebih cetek.[2] Ini terutamanya terbukti oleh tsunami kerana meningkat tingginya apabila menghampiri garis pinggir laut, dengan hasil yang membawa kemusnahan.
|coauthors=
ignored (|author=
suggested) (bantuan)
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Pembetingan ombak |