Pemerintah Bersekutu Tertinggi Atlantik

Markas Bersekutu Atlantik
ACLANT Emblem.
Aktif30 Januari 1952 – 19 Jun 2003
NegaraNATO
SaizMarkas pemerintahan
IbupejabatNorfolk, Virginia
Nama samaranSACLANT
PertempuranPerang Dingin

Pemerintah Bersekutu Tertinggi Atlantik (SACLANT) adalah salah satu dari dua Pemerintah Tertinggi Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), satu lagi ialah Pemerintah Bersekutu Tertinggi Eropah (SACEUR). SACLANT memimpin Markas Bersekutu Atlantik yang berpangkalan di Norfolk, Virginia. Keseluruhan markas itu dirujuk sebagai 'SACLANT'.

Pada tahun 1981 tugas SACLANT masa perang ialah menjaga keselamatan kawasan Atlantik dengan mengawal laluan laut dari digunakan oleh pihak musuh dan untuk melindungi kawasan itu dengan pengukuhan dan pembekalan anggota dan materiel bagi NATO Eropah.[1]

Kawasan tanggungjawab markas Atlantik berkeluasan dari Kutub Utara hingga Garisan Sartan serta berkeluasan dari pantai timur Amerika Utara hingga pantai barat Afrika dan Eropah, termasuk Portugal tetapi bukan Selat Inggeris, Kepulauan British, dan Kepulauan Canaria.[2]

  1. ^ NAVMC 2727, A Pocket Guide to NATO, American Forces Information Service, Department of Defense, 1981, accessed February 2015.
  2. ^ "Allied Command Atlantic". NATO Handbook. Diarkibkan daripada yang asal pada August 13, 2008. Dicapai pada 2008-09-03.

Bacaan lanjut

[sunting | sunting sumber]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]

Koordinat: 50°29′58″N 3°59′02″E / 50.49944°N 3.98389°E / 50.49944; 3.98389