Pemilihan kepimpinan Parti Konservatif Oktober 2022 (UK)

Pemilihan kepimpinan Parti Konservatif Oktober 2022
← Julai–September 2022 24 Oktober 2022
 
Calon Rishi Sunak Penny Mordaunt
Undian popular Menang tanpa bertanding Penarikan balik pencalonan

Pemimpin sebelum pilihan raya

Liz Truss

Terpilih

Rishi Sunak

Pemilihan kepimpinan Parti Konservatif Oktober 2022 telah memilih Rishi Sunak sebagai pemimpin baharu Parti Konservatif, sekali gus sebagai Perdana Menteri United Kingdom yang baharu. Pemilihan parti tercetus berikutan peletakan jawatan Liz Truss sebagai pemimpinnya pada 20 Oktober. Kepimpinan Truss telah dicemari oleh krisis ekonomi, sebahagiannya disebabkan oleh bajet mininya untuk United Kingdom, yang menyebabkan nilai paun sterling jatuh mendadak.

Keputusan pemilihan parti sepatutnya dijangka diketahui pada 24 Oktober jika hanya ada seorang calon yang layak, sebaliknya pada 28 Oktober. Pada masa ini, Penny Mordaunt dan Rishi Sunak, yang tewas dalam pemilihan sebelum ini, telah mengisytiharkan pencalonan mereka. Walaupun spekulasi tertumpu mengenai Boris Johnson, Pemimpin Parti Konservatif dan Perdana Menteri sebelumnya, yang dikatakan akan mencalonkan diri, beliau memilih untuk tidak bertanding.

Menjelang tengah hari 24 Oktober beberapa jam sebelum permohonan pencalonan ditutup, Mordaunt menarik diri dari persaingan kepimpinan parti itu susulan kegagalan mendapat lebih 100 sokongan ahli parlimen. Beliau kemudiannya memberikan sokongan kepada Sunak. Pada jam 2 petang hari yang sama, Sunak diisytiharkan sebagai pemimpin Parti Konservatif yang baharu selepas menang tanpa bertanding.

Latar belakang

[sunting | sunting sumber]

Kepimpinan Johnson

[sunting | sunting sumber]

Selepas Theresa May meletakkan jawatan sebagai perdana menteri pada tahun 2019,[1] Boris Johnson, yang pernah berkhidmat sebagai Datuk Bandar London dan Menteri Luar, memenangi pemilihan kepimpinan parti dan menjadi perdana menteri. Disebabkan rancangan Brexit beliau kurang sokongan berparlimen, Johnson mendapat perkenan Ratu untuk membubarkan parlimen bagi memberi laluan kepada pilihan raya umum 2019. Pilihan raya itu menyaksikan kemenangan besar Parti Konservatif di bawah pimpinan Johnson.[2][3]

Kurang dua bulan selepas pilihan raya umum itu, kes-kes COVID-19 telah menular di United Kingdom. Negara itu mengumumkan langkah-langkah pencegahan bagi mengurangkan penularan jangkitan, termasuklah beberapa sekatan dan penutupan yang dikuatkuasakan secara sah. Bermula pada Disember 2021, beberapa media melaporkan bahawa terdapat perhimpunan sosial oleh Parti Konservatif dan kakitangan kerajaan UK yang melanggar sekatan kesihatan awam.[4] Johnson secara peribadi terlibat, dan beliau, isterinya Carrie Johnson, dan menteri kewangan Rishi Sunak semuanya telah diberikan notis penalti tetap oleh pihak polis.[5] Beberapa Ahli Parlimen Parti Konservatif menggesa Johnson meletak jawatan, dan seorang Ahli Parlimen, Christian Wakeford, melompat ke Parti Buruh.[6]

Pada akhir bulan Jun 2022, Ahli Parlimen dari Parti Konservatif, Chris Pincher, telah meletakkan jawatan sebagai timbalan whip ketua kerajaan selepas muncul dakwaan mengatakan beliau telah meraba dua orang lelaki.[7] Johnson pada mulanya enggan menggantung jawatan daripadanya, dan jurucakapnya mempertahankan pelantikan awalnya, dengan mengatakan Johnson tidak mengetahui dakwaan terhadapnya.[8] Selepas itu, Pincher berdepan lebih banyak lagi dakwaan bahawa beliau telah meraba banyak lelaki. Pada 4 Julai, Johnson mengakui bahawa beliau telah mengetahui tentang dakwaan itu pada masa beliau melantiknya.[9] Beberapa menteri meletak jawatan pada 5 Julai, termasuk menteri kewangan Rishi Sunak dan menteri kesihatan Sajid Javid.[10] Beberapa ahli politik yang telah disebut sebagai calon kepimpinan yang berpotensi, termasuk Liz Truss, menyatakan sokongan berterusan mereka untuk Johnson.[11] Johnson mengumumkan peletakan jawatannya sebagai ketua Parti Konservatif dan perdana menteri United Kingdom pada bulan Julai 2022. Perletakan jawatan beliau mencetuskan pemilihan kepimpinan parti yang berlangsung dari bulan Julai hingga September 2022.

Kepimpinan Truss

[sunting | sunting sumber]
Liz Truss mengumumkan hasratnya untuk meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri dan Pemimpin Parti Konservatif pada 20 Oktober

Sebelas calon mengemukakan diri mereka untuk pemilihan kepimpinan September 2022, dengan lapan menerima pencalonan mencukupi daripada Ahli Parlimen Konservatif: Kemi Badenoch, Suella Braverman, Jeremy Hunt, Penny Mordaunt, Rishi Sunak, Liz Truss, Tom Tugendhat, dam Nadhim Zahawi.[12] Selepas lima pusingan pengundian, Ahli Parlimen memilih Sunak dan Truss untuk dikemukakan sebagai calon ahli parti untuk mengundi.[13] Truss telah dipilih oleh ahli pada 5 September, menerima 57.4% undian.[14]

Truss melantik Kwasi Kwarteng sebagai menteri kewangan. Pada September 2022, beliau mengumumkan belanjawan mini, yang mengurangkan cukai dan meningkatkan perbelanjaan. Ia diikuti dengan kejatuhan mendadak dalam nilai paun dan dikritik secara meluas. Truss dan Kwarteng mempertahankan belanjawan selama lebih seminggu sebelum mula mengumumkan pembalikan langkah paling kontroversi: pemansuhan kadar cukai pendapatan 45% untuk golongan berpendapatan tertinggi; dan membatalkan pembekuan yang dirancang dalam cukai perbadanan. Truss menggantikan Kwarteng dengan Jeremy Hunt pada 14 Oktober.[15] Pada 19 Oktober, Suella Braverman meletakkan jawatan sebagai menteri dalam negeri. Terdapat dakwaan buli, ugutan fizikal dan tekanan mengundi terhadap usul Buruh untuk mengharamkan pengundian pecah belah pada petang itu.[16] Pada 20 Oktober, Truss bertemu dengan Graham Brady, pengerusi Jawatankuasa 1922,[17] sebelum mengumumkan peletakan jawatannya.[18]

Menjelang akhir 20 Oktober, Rishi Sunak, bekas menteri kewangan yang menduduki tempat kedua dalam pemilihan kepimpinan sebelumnya, Penny Mordaunt, Pemimpin Dewan Rakyat yang menduduki tempat ketiga dalam pemilihan kepimpinan sebelumnya, dan Boris Johnson, yang merupakan pemimpin dan Perdana Menteri sebelum Truss, dilihat sebagai calon yang paling mungkin.[19][20]

Johnson merancang untuk memendekkan percutian dan terbang kembali ke UK lebih awal.[21] Walaupun ramai Ahli Parlimen menyokongnya, yang lain berkata mereka tidak akan berkhidmat di bawahnya seandainya beliau dipilih semula sebagai perdana menteri.[22] Mordaunt dilaporkan sedang mengambil pandangan sama ada beliau perlu bertanding pada petang 20 Oktober dan pagi 21 Oktober.[23] Pada petang 21 Oktober, beliau menjadi calon pertama yang secara rasmi memasuki pertarungan dalam pemilihan kepimpinan parti.[24]

Menjelang pagi 22 Oktober, penyokong Sunak berkata beliau telah melepasi ambang pencalonan 100 ahli Parlimen, walaupun beliau masih belum melancarkan kempennya secara rasmi. Johnson terbang pulang dari Republik Dominican pada pagi 22 Oktober untuk menyertai pertaruhan kepimpinan parti itu. Pada petang 22 Oktober, juru kempen Johnson berkata bahawa beliau juga mempunyai pencalonan yang mencukupi. Laporan Johnson mencapai ambang pencalonan disambut dengan keraguan oleh penyokong-penyokong Sunak dan para wartawan. Penyokong-penyokong Sunak telah mencabar kem Johnson untuk mengeluarkan nama penyokongnya.

Pada petang 22 Oktober, Sunak dan Johnson masing-masing bertemu, walaupun apa yang mereka bincangkan tidak diketahui.

Butiran pemilihan

[sunting | sunting sumber]

Dalam kenyataan peletakan jawatannya pada 20 Oktober, Truss menyatakan bahawa pemilihan parti itu akan selesai "dalam minggu depan".[25] Brady menetapkan proses yang dipercepatkan.[26] Pencalonan ditutup pada jam 2 petang pada 24 Oktober 2022, dengan calon dikehendaki mendapatkan pencalonan daripada sekurang-kurangnya 100 Ahli Parlimen sebelum tarikh akhir penamaan calon. Dengan 357 Ahli Parlimen Konservatif semasa, ini bermakna boleh ada, paling banyak, tiga calon.[27] Sekiranya lebih daripada dua calon memenuhi ambang pencalonan, undi ahli akan diadakan sehingga hanya dua calon tinggal.[28] Satu undi indikatif oleh Ahli Parlimen antara dua yang terakhir akan diadakan. Kemudian, selepas itu, akan ada undi dalam talian ahli Parti Konservatif antara kedua-dua calon yang tinggal. Jika hanya seorang calon melepasi ambang pencalonan, beliau akan menjadi Perdana Menteri tanpa undi pengesahan.[26][29]

Jadual waktu jauh lebih pendek daripada pemilihan kepimpinan sebelumnya, dengan bar yang lebih tinggi untuk pencalonan. Perubahan ini, serta penambahan undi ahli parlimen indikatif jika terdapat dua calon akhir, dianggap telah dibuat untuk menyempitkan medan akhir dengan cepat dan mungkin mengelakkan undi keahlian.[30]

Calon-calon

[sunting | sunting sumber]
  • Boris Johnson, Ahli Parlimen bagi Uxbridge and South Ruislip (2015–kini)
  • Brandon Lewis, Ahli Parlimen bagi Great Yarmouth (2010–kini)
  • Jeremy Hunt, Ahli Parlimen bagi South West Surrey (2005–kini)
  • Tom Tugendhat, Ahli Parlimen bagi Tonbridge and Malling (2015–kini)
  • Theresa May, Ahli Parlimen bagi Maidenhead (1997–kini)
  • Ben Wallace, Ahli Parlimen bagi Wyre and Preston North (2005–kini)
  • Grant Shapps, Ahli Parlimen bagi Welwyn Hatfield (2005–kini)
  • Michael Gove, Ahli Parlimen bagi Surrey Heath (2005–kini)
  • James Cleverly, Ahli Parlimen bagi Braintree (2015–kini)
  • Sajid Javid, Ahli Parlimen bagi Bromsgrove (2010–kini)
  • Suella Braverman, Ahli Parlimen bagi Fareham (2015–kini)
  • Kemi Badenoch, Ahli Parlimen bagi Saffron Walden (2017–kini)
  1. ^ "Theresa May quits: UK set for new PM by end of July". BBC News (dalam bahasa Inggeris). 2019-05-24. Dicapai pada 2022-10-20.
  2. ^ Elgot, Jessica (2019-09-01). "Johnson could sacrifice majority by withdrawing whip from rebel MPs". The Guardian (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-10-20.
  3. ^ "Election results 2019: Boris Johnson returns to power with big majority". BBC News (dalam bahasa Inggeris). 2019-12-13. Dicapai pada 2022-10-20.
  4. ^ "Partygate: Boris Johnson facing questions after photos emerge". BBC News (dalam bahasa Inggeris). 2022-05-24. Dicapai pada 2022-10-20.
  5. ^ Langford, Eleanor (2022-04-12). "Boris Johnson And Rishi Sunak Have Apologised After Receiving 'Partygate' Police Fine". Politics Home (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-10-20.
  6. ^ "Tory MP Christian Wakeford defects to Labour". BBC News (dalam bahasa Inggeris). 2022-01-19. Dicapai pada 2022-10-20.
  7. ^ Lee, Joseph; Nevett, Joshua (1 July 2022). "Chris Pincher: Tory whip resigns saying he 'embarrassed himself'". BBC News. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 July 2022. Dicapai pada 6 July 2022.
  8. ^ Mason, Rowena (4 July 2022). "Chris Pincher: a timeline of allegations and investigations". The Guardian. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 July 2022. Dicapai pada 6 July 2022.
  9. ^ Mason, Rowena (4 July 2022). "Johnson aware of some claims about Chris Pincher in February, No 10 admits". The Guardian. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 July 2022. Dicapai pada 6 July 2022.
  10. ^ "Cabinet resignations: Who's staying and who's going? Ministers reveal if they are backing Boris Johnson after Rishi Sunak and Sajid Javid quit". Sky News. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 July 2022. Dicapai pada 6 July 2022.
  11. ^ Stone, Jon (5 July 2022). "Dominic Raab, Liz Truss and Priti Patel stand by Boris Johnson as Cabinet implodes". The Independent. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 July 2022. Dicapai pada 6 July 2022.
  12. ^ Savage, Michael (2022-07-17). "Your guide to the Tory leadership candidates – and whether they'll have opposition politicians quivering". The Guardian (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-10-20.
  13. ^ Leach, Anna; Clarke, Seán; Abdul, Geneva. "Liz Truss v Rishi Sunak: a timeline of their roads to Tory final two". The Guardian (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-10-20.
  14. ^ "First speech from new Conservative Party leader Liz Truss in full". BBC News. 5 September 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 September 2022.
  15. ^ Walker, Peter (2022-10-14). "Liz Truss appoints Jeremy Hunt as chancellor after sacking Kwarteng". The Guardian (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-10-20.
  16. ^ "MPs allege bullying during chaotic fracking vote". BBC News (dalam bahasa Inggeris). 2022-10-20. Dicapai pada 2022-10-20.
  17. ^ Blewett, Sam; Hughes, David; Wingate, Sophie. "Liz Truss meets 1922 Committee chairman after acknowledging 'difficult day'". ca.finance.yahoo.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-10-20.
  18. ^ Culbertson, Alix. "Liz Truss resigns - and will become shortest-serving PM in British history". Sky News (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-10-20.
  19. ^ Cecil, Lydia Chantler-Hicks, Nicholas (2022-10-21). "Rishi Sunak in early lead but Boris Johnson wins Ben Wallace support - all we know". Evening Standard (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-10-21.
  20. ^ "Ben Wallace rules out bid to replace Liz Truss and is 'leaning' towards Boris Johnson". BBC News (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-10-21.
  21. ^ "Former PM Johnson flying back to Britain this weekend, Telegraph reports". Reuters (dalam bahasa Inggeris). 2022-10-20. Dicapai pada 2022-10-21.
  22. ^ "Conservative MPs split over the prospect of Boris Johnson's return". Financial Times. 2022-10-21. Dicapai pada 2022-10-21.
  23. ^ "Ben Wallace rules out bid to replace Liz Truss and is 'leaning' towards Boris Johnson". BBC News (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-10-21.
  24. ^ Chantler-Hicks, Lydia (October 21, 2022). "Penny declares first, Rishi leads, Boris backed by Cabinet ministers". Evening Standard. Dicapai pada October 21, 2022.
  25. ^ Walker, Peter; Crerar, Pippa; Elgot, Jessica (2022-10-20). "Liz Truss resigns as PM and triggers fresh leadership election". The Guardian (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-10-20.
  26. ^ a b Coleman, Liam (2022-10-20). "Sir Graham Brady announces rules around Tory leadership contest". Metro (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-10-20.
  27. ^ "Candidates to replace Liz Truss as Tory leader will need at least 100 MP nominations". Sky News (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-10-21.
  28. ^ "How will the next UK prime minister be chosen?". BBC News (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-10-21.
  29. ^ Brown, Faye (2022-10-20). "Candidates to replace Liz Truss as Tory leader will need at least 100 nominations". Sky News (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-10-20.
  30. ^ "Tory leadership: Hopefuls face high bar to enter contest to be PM". BBC News (dalam bahasa Inggeris). 2022-10-20. Dicapai pada 2022-10-21.