Serangan bom Lahore Mac 2010 | |
---|---|
![]() | |
Lokasi | Lahore, Pakistan |
Tarikh | 8 & 12 Mac 2010 0810 8 Mac – 1300 12 Mac[1] (UTC+5) |
Kematian | 72+[2] |
Cedera | 190+ |
Pelaku didakwa | Tehrik-i-Taliban Pakistan[3] |
Serangan bom Lahore 2010 terjadi di Lahore, Pakistan pada 8 Mac dan 12 Mac 2010. Dua kumpulan pengebom berani mati meletupkan bom ke atas agensi kerajaan dan kenderaan tentera Pakistan.[4] Lahore bandar kedua besar di Pakistan, dihuni 6 juta penduduk.
Pengeboman 8 Mac merupakan pengeboman berani mati di Lahore, Pakistan yang membunuh 13 orang dan mencederakan 90 lagi.[5] Sebuah bangunan agensi kerajaan turut runtuh.
Pengeboman 12 Mac menyebabkan 59 orang maut dan sekitar 100 yang lain cedera.[6][7] Ketua Polis Lahore, Parvaiz Rathore melaporkan 10 askar turut terbunuh. Lokasi sasaran ialah Royal Artillery Bazaar, kawasan kediaman dan perdagangan yang menempatkan kelengkapan pasukan tentera. GEO TV, Pakistan menyiarkan klip pendek video yang dirakam dengan telefon bimbit.[4]
Militan Taliban dan al-Qaeda di Pakistan disyaki bertanggungjawab. Tentera Amerika Syarikat bersekutu dengan tentera Pakistan memburu Taliban di sempadan Pakistan - Afghanistan.[4]
Tehrik-i-Taliban Pakistan mengaku melakukan serangan bom pada 8 Mac dan 12 Mac 2010.[3] Lashkar-e-Jhangvi dilaporkan turut mengaku melancarkan serangan 12 Mac.[6]