Pengeboman Mogadishu 2011 berlaku pada 4 Oktober 2011 apabila pengebom nekad memandu trak melanggar pintu gerbang kompleks peralihan Kerajaan Persekutuan di Mogadishu , Somalia . Ledakan yang terhasil membunuh sekurang-kurangnya 139 orang dan mencederakan lebih 93 yang lain .
Kumpulan Islam Al- Shabaab mengaku bertanggungjawab terhadap serangan itu . Serangan ini merupakan serangan terbesar sejak Al-Shabaab melancarkan pemberontakan di Somalia pada 2007.Pihak al Shabaab berundur selepas AMISOM campur tangan yang hendak mebawa bantuan kepada penduudk yang kebuluran pada musim kemarau.
Semasa musim panas tahun 2011, rantau Afrika Timur berhadapan dengan kemarau dan kekurangan bekalan makanan, khususnya di Somalia.Orang ramai terpaksa menyeberangi sempadan ke Ethiopia dan Kenya untuk mendapatkan perlindungan. Al-Shabaab mengancam untuk mengusir kumpulan bantuan yang bekerja di kawasan itu sebelum Kesatuan Afrika - tentera AMISOM mengambil tindakan untuk memaksa pejuang Al-Shabaab .
Pada bulan Julai 2010, Al-Shabaab juga mendakwa bertanggungjawab ke atas pengeboman di Kampala , Uganda , sebagai membalas dendam terhadap Uganda yang menyokong kehadiran AMISOM .
Serangan itu berlaku di pusat pemeriksaan keselamatan menuju ke kompleks kementerian .Serangan itu diasarkan kepada 150 Somalia muda yang akan diterbangkan ke Sudan untuk dilatih sebagai pengintip, tetapi sebaliknya menyebabkan kematian kebanyakan pelajar dan ibu bapa yang menunggu berita tentang biasiswa belajar ke Sudan dan Turki daripada Kementerian Pengajian Tinggi . Turki telah meningkatkan penglibatannya di Somalia melalui janji-janji untuk membuka semula kedutaan di Mogadishu.Laporan lain menyatakan pelajar mengambil peperiksaan pada masa letupan . Beberapa mangsa juga adalah orang awam yang bukan-pelajar. AMISOM dan kuasa-kuasa TFG mengepung di luar kawasan itu. Suldan Sarah, pengarah komunikasi untuk Presiden Sharif Sheikh Ahmed, berkata kebanyakan mangsa adalah pelajar .
Al-Shabaab mendakwa bertanggungjawab bagi serangan itu. Mujahidin kami membunuh TFG [Persekutuan Peralihan Kerajaan] .Ali Mohamud Rage selaku jurucakap menyatakan bahawa "Somalia, kami memberi amaran kepada kamu menjauhkan diri dari bangunan kerajaan dan asas askar mereka, letupan yang lebih serius yang akan datang "