Pengerusi Jawatankuasa Tentera NATO

Pengerusi
Jawatankuasa Ketenteraan NATO
Bintang CMC
Penyandang
Stuart Peach
sejak 28 Jun 2018
NAC
SingkatanCMC Sunting nilai ini di Wikidata
Anggota bagiNATO Military Committee (en) Terjemah Sunting nilai ini di Wikidata
Lapor kepadaSetiausaha Agung NATO
Dibentuk1949
Pemegang pertamaJeneral Omar Bradley
Timbalan/naibDeputy Chairman of the NATO Military Committee (en) Terjemah Sunting nilai ini di Wikidata
Tapak webNATO
Twitter: CMC_NATO Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Pengerusi Jawatankuasa Tentera Nato (CMC) adalah ketua Jawatankuasa Tentera NATO, yang menasihatkan Majlis Atlantik Utara mengenai dasar dan strategi tentera. Pengerusi adalah salah seorang pegawai utama NATO, berada di sebelah Setiausaha Agung dan Pemerintah Bersekutu Tertinggi.

Pengerusi terkini Jawatankuasa Tentera NATO ialah Petr Pavel, mantan Ketua Staf Am Tentera Darat Republik Czech, yang mengambil alih jawatan pada 26 Jun 2015. Pengerusi seterusnya dari Jun 2018 adalah Ketua Marsyal Udara Sir Stuart Peach dari United Kingdom.[1]

Asal-usul

[sunting | sunting sumber]

Mengikut Artikel 9 Perjanjian Atlantik Utara dan panduan yang diberikan oleh Kumpulan Kerja ke atas Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara sewaktu sesi pertama pertemuan Majlis di Washington pada tahun 1949, Jawatankuasa Pertahanan dengan cepat menubuhkan Jawatankuasa Ketenteraan.[2] Semasa beberapa sesi berlangsung dalam mesyuarat tertutup di Washington, Jawatankuasa Tentera memberi panduan dasar mengenai perkara ketenteraan kepada Kumpulan Tetap, dan nasihat mengenai permasalahan militari kepada Jawatankuasa Pertahanan dan badan yang lain, dan ia mencadangkan langkah-langkah militari untuk menyepadukan pertahanan rantau Atlantik Utara kepada Jawatankuasa Pertahanan. Jawatankuasa Ketenteraan berada terus dibawah Jawatankuasa Pertahanan, dan setiap negara anggota diwakili oleh ketua turus atau timbalannya. Iceland, yang tidak mempunyai angkatan tentera, diwakili oleh orang awam. Setiap negara anggota bergilir-gilir memegang jawatan Pengerusi Jawatankuasa Tentera selama setahun (C1 D-1/2,[3] DC 1/2[4]).

Dua kumpulan lain yang juga bertempat di Washington berada terus dibawah Jawatankuasa Tentera:

  • Kumpulan Tetap, iaitu badan eksekutif, ditubuhkan pada permulaan, bertanggungjawab bagi urusan harian Jawatankuasa Tentera;
  • Jawatankuasa Perwakilan Tentera (MRC), diwujudkan pada akhir tahun 1950, untuk memastikan komunikasi maklumat dan sudut pandangan antara Kumpulan Tetap dan anggota negara Perikatan tidak mewakilinya.

Perwakilan

[sunting | sunting sumber]

Anggota ketenteraan utama dari setiap delegasi negara NATO adalah Wakil Tentera, seorang pegawai kanan dari setiap angkatan tentera negara anggota, di sokong oleh Staf Tentera Antarabangsa. Bersama Perwakilan Tentera membentuk Jawatankuasa Tentera (MC), sebuah badan yang bertanggungjawab untuk membantu dan menasihati Majlis Atlantik Utara, Jawatankuasa Perancang Pertahanan, dan Kumpulan Perancangan Nuklear mengenai urusan ketenteraan.[5] Peranan utamanya adalah untuk memberi arahan dan nasihat tentang dasar dan strategi ketenteraan. Ia menyediakan panduan mengenai urusan-urusan ketenteraan kepada Para Panglima Strategik NATO, yang wakilnya mengadiri mesyuarat, dan bertanggungjawab bagi seluruh urusan ketenteraan Perikatan dibawah kuasa Majlis.

Seperti Majlis, dari masa ke semasa Jawatankuasa Tentera juga bermesyuarat pada peringkat tertinggi, terutamanya diperingkat Ketua Pertahanan, iaitu pegawai tentera paling kanan dalam setiap angkatan tentera negara anggota. Sehingga tahun 2008 Jawatankuasa Tentera mengecualikan Perancis, kerana keputusan negara itu pada tahun 1966 mengundurkan diri dari struktur ketenteraan bersepadu NATO, yang kemudian menyertai semula pada tahun 1995. Sehingga Perancis menyertai semula NATO, ia tidak diwakili dalam Jawatankuasa Perancang Pertahanan, dan ini menyebabkan konflik antara Perancis dan anggota NATO. Begitulah kes yang membawa kepada Operasi Iraqi Freedom.[6]

Kerja operasi Jawatankuasa itu disokong oleh Staf Tentera Antarabangsa.

Pengerusi Jawatankuasa Tentera mengetuai semua mesyuarat dan bertindak mengikut kapasiti antarabangsa. Semasa ketiadaannya, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Tentera akan mengambil alih. Pengerusi terkini ialah Jeneral Petr Pavel dari Republik Czech.

Sejak pembentukan NATO, Pengerusi Tenteranya adalah:[7]

# Foto Pengerusi Jawatankuasa Tentera NATO Pangkat Warganegara Mengambil jawatan Meninggalkan jawatan Tempoh Perkhidmatan
1 Omar N. Bradley
Jeneral Besar
 Amerika Syarikat 1949 1951 2 tahun Tentera Darat Amerika Syarikat
2 Etienne Baele
Lt. General
 Belgium 1951 1952 1 year Belgian Army
3 Charles Foulkes
Lt. General
 Kanada 1952 1953 1 year Canadian Army
4 Erhard J.C. Qvistgaard
Admiral
 Denmark 1953 1954 1 year Royal Danish Navy
5 Augustin Guillaume
General
 Perancis 1954 1955 1 year French Army
6 Stylianos Pallis
Lt. General
 Greece 1955 1956 1 year Hellenic Army
7 Giuseppe Mancinelli
General
 Itali 1956 Januari 1, 1957 1 year Italian Army
8 Ben Hasselman
General
 Belanda Januari 1, 1957 Februari 1, 1958 1 tahun, 31 hari Royal Netherlands Army
9 Bjarne Øen
Lt. General
 Norway 1958 1959 1 year Royal Norwegian Air Force
10 J.A. Beleza Ferraz
General
 Portugal 1959 1960 1 year Portuguese Army
11 Ruştü Erdelhun
General
 Turki 1960 Jun 3, 1960 <1 year Turkish Land Forces
12 Earl Mountbatten of Burma
Laksamana Armada
 United Kingdom 1960 1961 1 tahun Tentera Laut Diraja
13 Lyman L. Lemnitzer
General
 Amerika Syarikat 1961 1962 1 year United States Army
14 C.P. de Cumont
Lt. General
 Belgium 1962 1963 1 year Belgian Army
15 Adolf Heusinger
General
Jerman West Germany 1963 1964 1 year West German Army
(14) C.P. de Cumont
Lt. General
 Belgium 1964 1968 4 years Belgian Army
16 Fail:Nigel Henderson.jpg Sir Nigel Henderson
Admiral
 United Kingdom 1968 1971 3 years Royal Navy
17 Johannes Steinhoff
General
Jerman West Germany 1971 1974 3 years West German Air Force
18 Sir Peter Hill-Norton
Admiral of the Fleet
 United Kingdom 1974 1977 3 years Royal Navy
19 Herman Fredrik Zeiner-Gundersen
General
 Norway Mac 20, 1977 1980 3 years Norwegian Army
20 Robert H. Falls
Admiral
 Kanada 1980 1983 3 years Canadian Forces Maritime Command
21 Cor de Jager
General
 Belanda November 1983 September 30, 1986 2 tahun, 333 hari Royal Netherlands Army
22 Wolfgang Altenburg
General
Jerman West Germany September 30, 1986 September 5, 1989 2 tahun, 340 hari West German Army
23 Vigleik Eide
General
 Norway September 5, 1989 Oktober 1993 4 tahun, 26 hari Norwegian Army
24 Sir Richard Vincent
Field Marshal
 United Kingdom Oktober 1993 Februari 14, 1996 2 tahun, 136 hari British Army
25 Klaus Naumann
General
 Jerman Februari 14, 1996 Mei 6, 1999 3 tahun, 81 hari German Army
26 Guido Venturoni
Admiral
 Itali Mei 6, 1999 Julai 2002 3 tahun, 56 hari Italian Navy
27 Harald Kujat
General
 Jerman Julai 2002 Jun 17, 2005 2 tahun, 351 hari German Air Force
28 Raymond Henault
General
 Kanada Jun 17, 2005 Jun 27, 2008 3 tahun, 10 hari Canadian Forces Air Command
29 Giampaolo Di Paola
Admiral
 Itali Jun 27, 2008 November 18, 2011 3 tahun, 144 hari Italian Navy
Walter E. Gaskin
(Acting)

Lieutenant General
 Amerika Syarikat November 18, 2011 Januari 2, 2012 45 hari United States Marine Corps
30 Knud Bartels
General
 Denmark Januari 2, 2012 Jun 26, 2015 3 tahun, 175 hari Royal Danish Army
31 Petr Pavel
Jeneral Ketumbukan
 Republik Czech Jun 26, 2015 Penyandang 9 tahun, 120 hari Tentera Darat Republik Czech
  1. ^ "UK Defence Chief appointed as NATO Chairman of Military Committee". Gov.uk. UK Ministry of Defence. Dicapai pada 17 September 2017.
  2. ^ Description at NATO Archives site. http://archives.nato.int/military-committee;isad
  3. ^ "FIRST SESSION - REPORT OF THE WORKING GROUP ON ORGANISATION AS ADOPTED BY THE COUNCIL ON SEPTEMBER 17TH, 1949 - NATO Archives Online". Archives.nato.int. Dicapai pada 2017-09-19.
  4. ^ "Directive To The Military Committee (Mc) - Nato Archives Online". Archives.nato.int. Dicapai pada 2017-09-19.
  5. ^ NATO Handbook, 50th Anniversary Edition, 1998-99, 234.
  6. ^ Fuller, Thomas (18 February 2003). "Reaching accord, EU warns Saddam of his 'last chance'". International Herald Tribune. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 October 2007. Dicapai pada 15 July 2007.
  7. ^ official list

Bacaan lanjut

[sunting | sunting sumber]
  • Douglas S. Bland, 'The Military Committee of the North Atlantic Alliance: A Study of Structure and Strategy,' New York, Praeger, 1991.