Pengglasieran Sturt

Pengglasieran Sturt ialah tempoh glasier yang berlaku secara menyeluruh di muka Bumi semasa tempoh Kriogen apabila Bumi mengalami pengglasieran berskala besar yang berulang.[1] Setakat Januari 2023, pengglasieran Sturt dianggap telah berlangsung bermula sekitar 717 juta tahun dahulu sehingga ke sekitar 660 juta tahun dahulu, menjangkau masa kira-kira 57 juta tahun. Ia dihipotesiskan sebagai peristiwa Bumi Bebola Salji dan merupakan peristiwa glasier yang terpanjang dan paling teruk yang diketahui disimpan dalam rekod geologi, selepas pengglasieran Huron yang lebih awal.

Etimologi nama

[sunting | sunting sumber]

Penggunaan istilah semasa adalah merujuk kepada Bentukan Sturt (asalnya Tilit Sturt)[2] pada Lembangan Besar Adelaide Australia, yang penting di peringkat global. Bentukan Sturt dinamakan sempena Sturt Gorge, Australia Selatan;[3][4] ia sendiri dinamakan sempena Sungai Sturt, yang diberi namanya pada April 1831 oleh Pegawai Tentera British Kapten Collet Barker,[5] sempena nama pegawai dan penjelajah Charles Sturt.[6]

  1. ^ Arnaud, Emmanuelle; Halverson, Galen P.; Shields-Zhou, Graham Anthony (30 November 2011). "Chapter 1 The geological record of Neoproterozoic ice ages". Memoirs. 36 (1): 1–16. doi:10.1144/M36.1.
  2. ^ Howchin, Walter (1920). "Past Glacial Action in Australia". Year Book (dalam bahasa Inggeris). 13. Australia: Australian Bureau of Statistics. m/s. 1133–1146.
  3. ^ Lloyd, Jarred Cain; Preiss, Wolfgang V.; Collins, Alan S.; Virgo, Georgina M.; Blades, Morgan L.; Gilbert, Sarah E.; Subarkah, Darwinaji; Krapf, Carmen B. E.; Amos, Kathryn J. (2022-03-24). "Geochronology and formal stratigraphy of the Sturtian Glaciation in the Adelaide Superbasin" (dalam bahasa Inggeris). doi:10.31223/x50g9n – melalui EarthArXiv. Cite journal requires |journal= (bantuan)
  4. ^ "Australian Stratigraphic Units Database, Geoscience Australia". asud.ga.gov.au. Dicapai pada 2023-01-04.
  5. ^ "Barker, Collet (1784–1831)". Australian Dictionary of Biography. National Centre of Biography, Australian National University.
  6. ^ "Captain Charles Sturt". Flinders Ranges Research and South Australian History. Dicapai pada 2007-12-24.