Penghulu (disebut [pĕng.hu.lu], Jawi: ڤڠهولو ) ialah gelaran yang penting dalam masyarakat-masyarakat Minangkabau (melalui sebutan pangulu) dan Melayu; penggelaran ini ada perkaitan dengan kuasa yang diberikan di mana ia berkedudukan setara dengan raja atau juga dengan datuk pada suatu ketika dahulu.
Gelaran ini datang daripada istilah Melayu kuno paˆhulu[1] yang sendirinya pengimbuhan kata lama hulu yang bermaksud "kepala".[2][3]
Pada awalnya sebutan penghulu, digunakan dalam susunan struktur pemerintahan nagari di wilayah Minangkabau, di mana seorang penghulu juga merupakan pemangku adat dan bergelar Datuak, selanjutnya dalam susunan sebuah nagari terdapat struktur kekuasaan, yang dimulai dari:[4]
Selanjutnya dari struktur tersebut, kemudian disatukan dengan istilah Urang Ampek Jinih (Empat orang dengan fungsi masing-masing).
Setiap suku-suku Minang memiliki struktur penghulu dengan gelar masing-masing. Tinggi rendahnya kedudukan seorang Penghulu dalam adat Minang sangat dipengaruhi oleh kaumnya, dan hal ini sangat memengaruhi status seorang penghulu untuk dapat mengatur dan mengelola sebuah nagari nantinya. Umumnya pada sebuah nagari, suku-suku awal pada nagari tersebut memiliki dominasi atas suku-suku yang datang kemudian. Selain memiliki tanah atau sawah yang luas, para penghulu dari suku-suku awal ini juga ditempatkan pada posisi terhormat dibanding penghulu dari suku-suku yang datang kemudian.
Jabatan penghulu dalam sistem matrilineal Minangkabau terdiri dari tingkatan sebagai berikut[7]:
Sesuai dengan pepatah masyarakat Minangkabau: dari niniak ka mamak, dari mamak ka kamanakan, jabatan penghulu diwariskan sesuai dengan garis matrilineal. Semua lelaki di Minangkabau dapat menjadi penghulu berdasarkan hubungan pertalian kemenakan. Ada empat jenis kemenakan dalam struktur kebudayaan Minangkabau[7]:
Dalam budaya Minangkabau pendirian penghulu baru dikenal dengan nama Batagak penghulu (mendirikan penghulu), dengan beberapa macam mekanisme sebagai berikut[7]:
Seseorang yang bergelar penghulu merupakan ketua tertinggi di sebuah mukim yang ada beberapa kampung; kampung tersebut diketuai oleh ketua kampung, tok sidang atau tok tempat. Maka, Penghulu bertanggungjawab kepada kerajaan negeri dan dilantik oleh sesebuah kerajaan negeri.
Seseorang penghulu mestilah boleh berkomunikasi dengan penduduk kampung. Beliau mestilah boleh ketengah dan ketepi dalam sesebuah masjid. Oleh itu penghulu mestilah boleh mambaca al-Quran dan tulisan Jawi. Mereka yang terpilih mestilah berasal dari negeri tersebut dan sanggup meredah kampung kerana tidak semua mempunyai jalan raya, telefon dan bekalan elektrik. Dialek tempatan mestilah dipelajari dan kuasai serta dapat berkomunikasi dengan penduduk tempatan.
Pelbagai kemudahan disediakan agar penghulu dapat mentadbir sesebuah mukim dengan jaya. Dia akan mendapatkan maklumat daripada ketua kampung. Dalam mesyuarat dengan Pegawai Daerah, masalah kampung akan disuarakan. Rumah penghulu atau balai penghulu atau kompleks penghulu akan dibina di lokasi yang strategik. Pada zaman British, Rumah penghulu dilengkapi dengan telefon, pejabat, bekalan air, elektrik dan sebagainya. Ketika itu, penduduk kampung tidak disediakan kemudahan prasarana tersebut.
Antaranya ialah masalah banjir, kebakaran, kemuskinan, jambatan runtuh, pentadbiran masjid dan surau . Seseorang penghulu juga akan dijemput merasmikan sesebuah majlis peringkat kampung. Contohnya merasmikan mesyuarat agung PIBG, majlis Jawatankuasa Keselamatan Kampung, perasmian sukaneka dan lain-lain.
Secara umumnya penghulu mengetahui perkembangan pembangunan dan keperluan sesebuah mukim dan kampung. Mereka akan hadir dalam majlis perkahwinan, kematian, berangkat ke tanah suci dan lain-lain. Penghulu juga mengetahui tanah-tanah yang akan dibangunkan dan dijual.
Difahamkan rumah penghulu terawal terletak di mukim Bandar, 36800 Kampung Gajah, negeri Perak. Walaupun dinamakan 'Bandar' tetapi sebenarnya ia kini adalah sebuah kampung sahaja. 'Bandar' juga terdapat di Jugra, Selangor. Bandar, Jugra adalah pusat pentadbiran negeri Selangor era Sultan Abdul Samad.
Penduduk mukim Bandar mengatakan Bandar akan dijadikan pusat pentadbiran kerana terletak di kuala Sungai Kinta. Bandar juga bersetentang dengan Pulau Indera Sakti, Pangkalan Halban dan Jong Buruk. Bijih timah banyak dilombong di Ipoh, Kampar, Tanjung Tualang, Batu Gajah, Kampung Gajah dan lain-lain. Bijih timah diangkut dengan sampan dari hulu hingga ke kuala Sungai Kinta, terus ke Teluk Intan dan Selat Melaka. Bijih timah akan dikumpulkan di Pulau Pangkor (zaman Belanda) dan Pulau Pinang (zaman British).
Rumah penghulu ini terletak di tebing sungai Perak dan jalan perhubungan ialah bot untuk ke Teluk Intan dan jalan tanah ke Kampung Gajah. Kerajaan British pda 1880-an telah membina rumah penghulu di sini. Ia dilengkapi dengan telefon. Pondok telefon dibina di beberapa kampung. Tiang telefon dipacak hingga ke pekan Parit, negeri Perak kerana pejabat daerah Perak Tengah terletak di sana. Rumah penghulu ini tidak digunakan lagi sejak 1980-an da tiang-tiang telefon telah dicabut kerana tidak digunakan.
Seseorang yang bergelar "penghulu" di Brunei mentadbir suatu mukim dalam sesebuah daerah merangkumi beberapa bandar atau kampung.
|coauthors=
(bantuan)