Pengisytiharan Kemerdekaan Sepihak

Deklarasi Kemerdekaaan Amerika ialah UDI pertama di mana Amerika membebaskan diri daripada cengkaman penjajah British

Pengisytiharan kemerdekaan sepihak atau Unilateral Declaration of Independence (UDI) adalah proses formal yang membawa kepada pembentukan negara baharu oleh entiti subnasional yang mengisytiharkan dirinya bebas dan berdaulat tanpa perjanjian rasmi dengan negara dari mana ia dipisahkan.

Terma ini pertama kali digunakan semasa Rhodesia mengisytiharkan kemerdekaannya secara satu pihak pada tahun 1965. Walaupun begitu, terdapat banyak negara lain yang pernah buat demikian.

Tahun Negara yang mengisytiharkan kemerdekaan Negara asal Pengiktirafan Antarabangsa Nota
1776  Amerika Syarikat Great Britain Ya
1777 Vermont Great Britain Ya Vermont menandatangani perjanjian lain dengan British pada tahun 1781 sebelum Cornwallis menyerah kalah di Yorktown. Kemerdekaan akhirnya diberi oleh AS pada 1791 dan Vermont menjadi negeri Amerika yang ke-14.
1816 Rio de la Plata  Sepanyol Ya selepas memenangi peperangan Sepanyol mengiktiraf kemerdekaan Argentina pada tahun 1859
1821  Greece  Empayar Uthmaniyah Ya Campur tangan Perancis, Rusia dan Britain menyebelahi Greece dalam perang kemerdekaan Greece yang mendapat kemerdekaannya pada tahun 1832.
1830 Belgium  Belanda Ya UDI (4 Oktober 1830) diiktiraf oleh kebanyakan kuasa Eropah susulan kepada Konferens London 1830
1898 Filipina Sepanyol Sepanyol Tidak Dijajah oleh Amerika Syarikat; mencapai kemerdekaan pada tahun 1946
1912 Albania  Empayar Uthmaniyah Ya
1919 Republik Ireland  United Kingdom Great Britain dan Ireland Ya
1922 Kerajaan Mesir  United Kingdom Great Britain dan Ireland Ya Diberi kemerdekaan oleh kerajaan British
1945  Indonesia  Belanda Sebahagian Kemerdekaan diberi pada 27 Disember 1949
1960  Negeri Katanga Republik Congo 1960-1964 Tidak Sebuah wilayah di Congo yang telah berpisah, tetapi pemisahannya berakhir secara paksa selepas Operasi PBB di Kongo pada tahun 1963. .
1965  Rhodesia  United Kingdom Tidak Sebuah koloni British pentadbiran sendiri, mengisytiharkan kemerdekaan secar unilateral sebagai Rhodesia pada tahun 1965, dinamakan semula Zimbabwe Rhodesia pada tahun 1979, dan akhirnya diiktiraf dunia sebagai Zimbabwe pada 1980.
1967 Anguilla  United Kingdom Tidak Dikembalikan sebagai Koloni British pada tahun 1969.
1967  Biafra  Nigeria Tidak Kembali menjadi wilayah di Nigeria pada tahun 1970
1971 Bangladesh  Pakistan Ya
1975 Cabinda  Angola Tidak Kekal di dalam Angola
1983 Cyprus Utara Cyprus Tidak Masih dituntut Cyprus
1988  Negara Palestin  Israel Ya Menuntut wilayah yang diduduki Israel sejak tahun 1967
Konflik Israel–Palestin dan proses keamanan masih berterusan
1990  Transnistria  Moldova Tidak Masih dituntut Moldova
1990 Karakalpakistan  Uzbekistan Tidak Menjadi sebahagian Uzbekistan pada tahun 1993.[1]
1991 Somaliland  Somalia Tidak Masih dituntut Somalia
1991  Croatia  Yugoslavia Ya Mencetus Perang Kemerdekaan Croatia
1991  Slovenia  Yugoslavia Ya Mencetus Perang Sepuluh Hari
1991 Republik Ichkeria  Rusia Tidak Kini masih dalam wilayah Chechen, sebahagian Rusia
1991  Artsakh  Azerbaijan Tidak Masih dituntut Azerbaijan
1991  Ossetia Selatan Georgia Tidak Masih dituntut Georgia
1999  Abkhazia Georgia Tidak Masih dituntut Georgia
2008  Kosovo  Serbia Sebahagian Masih dituntut Serbia
2014 Republik Crimea  Ukraine Tidak Masih dituntut Ukraine
2017  Catalonia  Sepanyol Tidak Kekal di bawah pemerintahan Sepanyol
  1. ^ Olmos, Francisco (28 May 2020). "The curious case of the Republic of Karakalpakstan". Foreign Policy Centre.