![]() | |
Intisari agensi | |
---|---|
Dibentuk | 2003 |
Agensi-agensi terdahulu |
|
Bidang kuasa | Pemerintah Singapura |
Eksekutif agensi |
|
Agensi induk | Kementerian Perhubungan dan Penerangan |
Laman sesawang | http://www.mda.gov.sg |
ID agensi | T08GB0030D |
Penguasa Pembangunan Media (Kependekan: MDA; Inggeris: Media Development Authority; Cina ringkas: 媒体发展管理局 ) merupakan sebuah badan berkanun di bawah Kementerian Perhubungan dan Penerangan Singapura.
Badan berkanun ini dibentuk pada 1 Januari 2003 dengan penggabungan Penguasa Penyiaran Singapura (SBA), Jabatan Filem dan Penerbitan (FPD) dan Suruhanjaya Filem Singapura. Satu cetakan biru ini yang dipanggil sebagai 'Media 21' telah dibuat dan kemudiannya disahkan oleh Jawatankuasa Semakan Ekonomi 2002 (dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Lee Hsien Loong) sebagai sebahagian daripada Strategi Pembangunan Industri Kreatif untuk menggerakkan pertumbuhan ekonomi kreatif Singapura.
Pada 18 Januari 2016, Kementerian Perhubungan dan Penerangan mengumumkan kedua-dua badan ini dan Penguasa Pembangunan Infokom Singapura akan menjalani penyusunan semula kepada dua badan baharu iaitu Penguasa Pembangunan Infokom Media dan Pertubuhan Teknologi Pemerintah pada penggal akhir tahun 2016.[1]
MDA berperanan dalam mempromosikan dan mengawal atur sektor media di Singapura. Fungsi MDA juga ialah untuk mengembangkan industri media merangsang peluang pekerjaan, memupuk dan menarik pelaburan, serta menetapkan piawaian yang meletakkan asas untuk membina masyarakat yang bersatu padu dan inklusif.[2]
![]() |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Penguasa Pembangunan Media |