Pengurusan kadar hasil (bahasa Inggeris: yield management ) ialah strategi penentuan harga berubah, berdasarkan memahami, menduga dan mempengaruhi tingkah laku pengguna untuk memaksimumkan hasil atau untung dari sumber yang tetap dan terhad masanya (seperti tempat duduk penerbangan atau tempahan bilik atau mengiklankan inventori).[1] Sebagai cabang pengurusan hasil khusus yang berfokuskan inventori, pengurusan kadar hasil melibatkan kawalan inventori yang strategik untuk menjual keluaran yang betul pada waktu yang betul untuk harga yang betul.[2] Proses ini boleh mengakibatkan diskriminasi harga, di mana pelanggan mengguna barang atau perkhidmatan yang serupa dikenakan bayaran harga yang berbeza. Pengurusan kadar hasi; pengurusan ialah penjana hasil besar untuk beberapa industri besar; Robert Crandall, bekas Pengerusi dan CEO American Airlines, memberi pengurusan kadar hasil namanya dan memanggilnya "satu pembangunan teknikal terpenting dalam pengurusan pengangkutan sejak kita memasuki penyahkawalseliaan."[3]
Rencana ini mempunyai senarai rujukan umum, tetapi kekurangan nota kaki pada pada kenyataan yang dipetik. (April 2008) |