Penjaga tapak kedua

Posisi penjaga tapak kedua.

Penjaga tapak kedua (bahasa Inggeris: second baseman) atau 2B, ialah posisi dalam sukan besbol atau sofbol yang menjaga dan mengawasi tapak kedua (second base). Posisi ini juga disebut sebagai second bagger. Penjaga tapak kedua harus memiliki kepantasan kaki dan tangan. Pemain ini mempunyai kebolehan untuk mendapatkan bola dan beralih untuk melancarkan gerakan double play. Pemain pemadang dekat (shortstop) dan penjaga tapak kedua biasanya pemain bertangan kanan.[1] Perkara ini membolehkan gerakan double play lebih mudah dan pantas. Tambahan lagi, hanya empat pemain kidal sahaja yang pernah beraksi di posisi penjaga tapak kedua dalam saingan Major League Baseball semenjak tahun 1950.[2]

Penjaga tapak kedua yang baik ialah pemain yang menjaga jarak dengan mahir oleh kerana mereka perlu memastikan bola dapat dilontarkan kepada penjaga tapak pertama (first baseman) yang perlu menahan kemaraan pemain lawan, ataupun pemain ini perlu ke tapak untuk membantu pemain penjaga tapak pertama. Apabila bola yang dipukul menghala ke pemadang kanan (right field), penjaga tapak kedua juga perlu berlari ke arah bola untuk relay. Oleh sebab itu, posisi ini kebiasaannya dijadikan sebagai posisi pertahanan dalam permainan moden. Akan tetapi, mereka juga terdiri daripada pakar dalam pukulan.

Posisi ini turut dirujuk sebagai "Keystone".Hal ini didorong oleh faktor posisinya yang terletak di puncak daiman (diamond), sama seperti blok keystone dalam bidang seni bina.[perlu rujukan]

Senarai pemain Dewan Kemahsyuran

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ "From 1957 to 2007, Throws LH, Played: 2B, sorted by greatest PA in a single game". Baseball-Reference. Dicapai pada 2010-06-03.[pautan mati kekal]
  2. ^ "From 1950 to 2013, Throws LH, Played: 2B". Baseball-Reference. Dicapai pada 2010-06-03.