Perawat Sangpotirat | |
---|---|
Kelahiran | Perawat Sangpotirat |
Warganegara | Thailand |
Nama lain | Krist Perawat |
Pendidikan | Universiti Kasetsart – Fakulti Ekonomi |
Pekerjaan | |
Tahun aktif | 2008–sehingga kini |
Ejen | GMMTV (2016–sehingga kini) |
Perawat Sangpotirat (Abjad Thai: พีรวัส แสงโพธิรัตน์; tarikh lahir: 18 Oktober 1995) lebih dikenali dengan nama medianya sebagai Krist Perawat (Bahasa Thai: พีรวัส แสงโพธิรัตน์ ), ialah pelakon dan model asal Thailand yang lulus dari Sekolah Satriwitthaya 2 dan dari Fakulti Ekonomi Universiti Kasetsart. Ia pertama kali mendapat kepopularan yang luas di Thailand dan serantau Asia Tenggara dengan lakonannya sebagai Arthit dalam siri drama tahun 2016 SOTUS: The Series. Pada tahun 2017, ia juga menjadi bintang dalam Senior Secret Love: Puppy Honey 2 sebagai pemeran penyokong. Pada tahun 2019, ia melakonkan karakter dengan nama panggung yang sama dalam filem bertajuk Ubat Rak Kham Kop Fa bersama Tipnaree Weerawatnodom.[1]