![]() | |
Intisari agensi | |
---|---|
Dibentuk | 2001 |
Agensi-agensi terdahulu |
|
Ibu pejabat | Wisma Perbadanan Labuan, Peti Surat 81245, 87022, WP Labuan |
Agensi induk | Kementerian Wilayah Persekutuan |
Laman sesawang | http://www.pl.gov.my/ |
Perbadanan Labuan merupakan pihak berkuasa tempatan yang mentadbir Wilayah Persekutuan Labuan, Malaysia. Ia merupakan suatu agensi pentadbiran yang bertindak dibawah perundangan Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar. PL bertanggungjawab secara kolektif dalam pelbagai aspek yang berkaitan dengan kesejahteraan dan kemandirian Wilayah Persekutuan Labuan. Antara aspek yang berada dalam tanggungjawabnya termasuklah kesihatan awam dan sanitasi, pengurusan sisa pepejal bandar, pengurusan sisa buangan bersepadu, perancangan bandar, pemuliharaan alam sekitar, kawalan bangunan dan premis perniagaan, lesen perniagaan dan penjaja, pengurusan fungsi kawalan bandar dan infrastruktur awam dan pelancongan. Ibu pejabat Perbadanan Putrajaya terletak di Wisma Perbadanan Labuan dekat Jalan Dewan, Bandar Labuan. PL juga mempunyai bangunan lain diantaranya Menara Perbadanan Labuan dekat Jalan OKK Awang Besar.
Perbadanan Labuan mula ditubuhkan pada 1 Julai 2001 dibawah akta 609, Akta Perbadanan Labuan 2001. Ia ditubuhkan diatas penggabungan dua agensi kerajaan iaitu Labuan Development Authority atau Pihak Berkuasa Pembangunan Labuan (LDA) dan Majlis Perbandaran Labuan (MPL).
Ahli Lembaga Pengarah adalah dilantik oleh Jabatan Wilayah Persekutuan yang terdiri daripada seorang Pengerusi, seorang Timbalan Pengerusi dan 4 orang ahli biasa. Tempoh lantikan adalah sepanjang 2 tahun.[1]
Pengerusi:
Tan Sri Datuk Seri Panglima Anifah bin Aman @ Haniff Amman
Timbalan Pengerusi:
Simsudin bin Sidek
Ahli Biasa:
Ahli Majlis Penasihat dilantik oleh Jabatan Wilayah Persekutuan yang terdiri daripada seorang Pengerusi dan 6 orang ahli lain yang hendaklah terdiri daripada sekurang-kurangnya tiga orang penduduk Wilayah Persekutuan Labuan. Ahli Majlis Penasihat bertanggungjawab untuk memberikan nasihat kepada Perbadanan Labuan berhubung dengan fungsi-fungsi kerajaan tempatan yang dilaksanakan oleh Perbadanan Labuan. Tempoh lantikan adalah sepanjang 2 tahun.[2]
Pengerusi:
Datuk Hj. Bashir bin Hj. Alias
Ahli:
Dalam sektor eksekutif Perbadanan Labuan, Perbadanan Labuan diketuai oleh seorang Ketua Pegawai Eksekutif dan dibantu oleh 3 orang Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif dalam pengurusan pentadbiran.
Ketua Pegawai Eksekutif: Hj Rithuan bin Hj Mohd Ismail