Perbuahan atau infruktesens ditakrifkan sebagai penyatuan buah yang terbit daripada putik pada perbungaan. Ia selalunya mengekalkan ukuran dan struktur perbungaannya.
Dalam beberapa keadaan, perbuahan mempunyai tampilan menyamai buah ringkas. Ini disebut buah berganda. Salah satu contohnya adalah perbuahan bagi Ananas yang terbentuk daripada percantuman beri dengan tisu pudung dan pengasuh.[1][2]
Perbuahan bagi bijirin yang matang, seperti gandum dan jagung, dikenali sebagai bulir. Perbuahan bagi Ficus pula disebut sikonium.[3]