Anggaran takat pengglasieran Karoo (berwarna biru), di atas benua superGondwana semasa tempoh Karbon dan tempoh Perm
Perisitwa rumah ais Paleozoik Akhir, juga dikenali sebagai Zaman Air Batu Paleozoik Akhir dan dahulunya dikenali sebagai zaman air batu Karoo, merupakan suatu zaman air batu yang bermula pada epok Akhir Devon dan berakhir pada epok Akhir Perm,[1] berlaku bermula 360 sehingga 255 juta tahun dahulu (jtd),[2][3] dengan kepingan ais daratan yang besar kemudiannya terdapat pada permukaan Bumi.[4] Ia merupakan tempoh rumah ais kedua utama pada eon Fanerozoik.