Kerangka | |
---|---|
Kependekan | PFAM |
Cogan kata | "Supporting the Players, Building the Game" ("Menyokong Pemain, Membangunkan Temasya") |
Jenis/bentuk sah | Pertubuhan |
Tapak web | pfam |
Sejarah | |
Dibentuk | 2009 |
Pengurusan | |
Presiden | Rezal Zambery Yahya |
Naib Presiden | Hairuddin Omar |
CEO | Izham Ismail |
Gabungan | Persatuan Bola Sepak Malaysia FIFPro |
Lokasi | |
Ibu pejabat | Subang Jaya |
Lokasi | |
Kawasan perkhidmatan | Malaysia |
sunting · sunting di Wikidata |
Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (Inggeris: Professional Footballers Association of Malaysia; singkatan: PFAM) ialah pertubuhan perwakilan untuk pemain bola sepak profesional di Malaysia, ditubuhkan pada tahun 2009.[1] Ia bergabung dengan organisasi pemain bola sepak profesional seluruh dunia, FIFPro, sejak 22 Oktober 2013.[2] Ia telah didaftarkan dengan Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia pada 4 Ogos 2014.[3]
PFAM tidak aktif selama beberapa tahun sehingga ia diaktifkan semula pada tahun 2013, dengan Hairuddin Omar dipilih sebagai presiden persatuan.[4]
PFAM ialah pemangkin bagi kebajikan pemain bola sepak di Malaysia, sama ada yang masih aktif atau bersara.[5] PFAM juga bertanggungjawab untuk anugerah Pemain Terbaik Bulanan PFAM, diberikan kepada pemain terbaik di Malaysia setiap bulan.
PFAM berusaha dalam kecemerlangan kebajikan keseluruhan komuniti pemain bola sepak profesional dalam pembangunan kebajikan, pembangunan, perwakilan dan bantuan tawar-menawar kolektif, nasihat, dan bantuan undang-undang untuk Anggota-anggotanya. Mereka juga memberi tumpuan kepada komunikasi antara hubungan yang secara semulajadi wujud dan akan wujud di antara ahli-ahli, FAM, kelab, persatuan bola sepak negeri, atau mana-mana badan lain yang bertanggungjawab atau dalam apa-apa cara yang berkaitan dengan pentadbiran atau peraturan bola sepak di Malaysia, termasuk nasihat mengenai kontrak penajaan.
Sebagai badan utama bantuan dan penasihat, PFAM juga menggalakkan pembangunan bola sepak di Malaysia, termasuk pemangkin untuk mendorong bola sepak sebagai kerjaya yang stabil, selamat, dan berfaedah untuk anak-anak muda. PFAM, sebagai penganjur, juga akan melaksanakan projek-projek di Malaysia dan di peringkat antarabangsa untuk memajukan kepentingan ahli-ahlinya.
Pada tahun 2015, PFAM membuat satu anugerah untuk diberikan kepada pemain;
Pada tahun 2016, mereka membuat satu lagi anugerah;
Jawatan | Nama | Lain-lain |
---|---|---|
Ketua Pegawai Eksekutif | Izham Ismail | LL. B (Hons) Malaya |
Perunding Eksekutif | Zaidi Hassim | LL. B (Hons. ) (MCL) UKM Ph. D (Undang-Undang Sukan) UKM |
Eksekutif Perundangan | Muhammad Azzairi Rosle | LL. B (Hons) Malaya |
Eksekutif Pentadbiran | Hanani Azren Husin | LL. B Sh & Civ (Kepujian) USIM LL. M (Kepujian) UKM |
Eksekutif Pentadbiran | Wan Syazana Akmal Wan Roslan | LL. B Sh & Civ (Kepujian) USIM LL. M (Kepujian) UKM |
Untuk sesi 2017-2019[6]
Jawatan | Nama | Lain-lain |
---|---|---|
Pengerusi | Rezal Zambery Yahya | Bekas pemain pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia |
Naib Presiden | Hairuddin Omar | Bekas pemain pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia |
Setiausaha | Ahmad Fauzi Saari | (Perlis FA, Liga Perdana Malaysia) |
Bendahari | Rudie Ramli | (Pemain MOF FC, Malaysia FAM League) |
Exco | Fairuz Abdul Aziz | (Selangor FA, Liga Super Malaysia) |
Exco | Khairul Fahmi Che Mat | Pemain Kelantan FA, Liga Super Malaysia |
Exco | Razman Roslan | (Selangor FA, Liga Super Malaysia) |
Exco | Baddrol Bakhtiar | (Kedah FA, Liga Super Malaysia) |
Established in 2009, and affiliated with the worldwide professional football organisation FIFPro since 2013, PFAM is platform that provides Malaysian professional footballers support and advice for their career development.