Persatuan Universiti Penyelidikan Asia Timur (bahasa Inggeris: Association of East Asian Research Universities , AEARU) ialah sebuah pertubuhan Asia Timur yang terdiri daripada sembilan belas universiti penyelidikan. Ia ditubuhkan pada Januari 1996 atas cadangan Universiti Sains dan Teknologi Hong Kong.[1] Tujuan pertubuhan itu ialah untuk menggalakkan pertukaran dan kerjasama serantau di kalangan institusi ahli, dan untuk membuka forum di mana universiti terkemuka Asia Timur boleh berkongsi hasil penyelidikan.