Kerangka | |
---|---|
Jenis/bentuk sah | Persekutuan sukan |
Keanggotaan | 71 ahli persatuan[2] |
Anggota bagi | Persatuan Global Persekutuan Sukan Antarabangsa |
Bahasa rasmi | Bahasa Inggeris[1] |
Tapak web | TheCGF.com |
Sejarah | |
Pendahulu | Persekutuan Sukan Komanwel British |
Dibentuk | 1932 as British Empire Games Federation |
Pengurusan | |
Presiden | Dame Louise Martin[3] |
Naib Presiden | Bruce Robertson[4] Chris Jenkins[5] Kereyn Smith[6] |
Patron | Queen Elizabeth II[7] |
Naib Patron | The Earl of Wessex[8] |
Lokasi | |
Ibu pejabat | London, England |
Lokasi | |
Catatan kaki | |
Values: Humanity • Equality • Destiny | |
sunting · sunting di Wikidata |
Persekutuan Sukan Komanwel (CGF), yang kini dijenamakan sebagai Commonwealth Sport, ialah pertubuhan antarabangsa yang bertanggungjawab ke atas hala tuju dan kawalan Sukan Komanwel dan Sukan Remaja Komanwel, dan merupakan badan pentadbir Persatuan Sukan Komanwel (CGA). Ibu pejabat CGF terletak di London, England.[9]
Disebabkan kejayaan Sukan Empayar British 1930 yang pertama di Hamilton, Kanada, mesyuarat wakil dari Great Britain, jajahan takluknya, jajahan dan wilayahnya memutuskan bahawa temasya itu, sama seperti Sukan Olimpik perlu diadakan setiap empat tahun, dan satu organisasi yang berwibawa hendaklah dibentuk. Selepas Sukan Olimpik Musim Panas 1932, telah diputuskan untuk membentuk "Persekutuan Permainan Empayar British" yang akan bertanggungjawab untuk penganjuran temasya tersebut. Nama persekutuan telah ditukar pada tahun 1952 kepada British Empire and Commonwealth Games Federation, dan sekali lagi di Jamaica pada tahun 1966 kepada British Commonwealth Games Federation, sehingga akhirnya ditukar semula di Christchurch, New Zealand pada tahun 1974 kepada Persekutuan Sukan Komanwel.[10]