Jenis/bentuk sah | Awam |
---|---|
Didagangkan sebagai | KLSE: 7081 |
Industri | |
Pendahulu | Remedi Pharmaceuticals (1994-1998)[1] |
Ditubuhkan | 1994 |
Ibu pejabat | Shah Alam, Selangor, Malaysia |
Kawasan perkhidmatan | Seluruh dunia |
Tokoh penting | Zulkifli Jafar, Pengarah Urusan; Ahmad Shahredzuan Mohd Shariff, Ketua Pegawai Operasi; Norai’ni Mohamed Ali, Ketua Pegawai Kewangan; Idham Ismail, Ketua Pegawai Strategi; Dr Badarulhisam Abdul Rahman, Pegawai Saintifik dan Wan Intan Idura Wan Ismail, Ketua Pegawai Tadbir Urus. |
Keluaran | Ubat preskripsi, ubat bebas, biofarmaseutikal |
Hasil | RM3,404,481,000 (FY2023) |
Pendapatan bersih | RM78,744,000 (FY2023) |
Bilangan kakitangan | 3,400 |
Syarikat induk | Boustead Holdings |
Anak syarikat |
|
Tapak web | www.pharmaniaga.com |
sunting · sunting di Wikidata |
Pharmaniaga Berhad (Pharmaniaga) adalah sebuah syarikat farmaseutikal Malaysia. Ia merupakan anak syarikat Boustead Holdings, sebuah sekutu tentera Malaysia.
Pharmaniaga ditubuhkan pada 1994 sebagai Remedi Pharmaceuticals.[1] Syarikat ini dinamakan semula sebagai Pharmaniaga pada Ogos 1998 dan menjadi syarikat penjagaan kesihatan Malaysia yang disenaraikan di Papan Utama Bursa Saham Kuala Lumpur (kini Bursa Malaysia).[2]
Pharmaniaga adalah sebuah syarikat berhad awam. Dua pemegang saham utamanya adalah Boustead Holdings dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT). Pemilik utama Boustead Holdings adalah LTAT itu sendiri.
Ahli Lembaga Pengarah syarikat terdiri daripada Dato’ Seri Abdul Razak Jaafar, Pengerusi Bebas Bukan Eksekutif; Zulkifli Jafar, Pengarah Urusan; Dr Abdul Razak Ahmad, Pengarah Bebas Bukan Eksekutif Kanan; Izaddeen Daud, Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif; Sarah Azreen Abdul Samat, Pengarah Bebas Bukan Eksekutif; Mohammad Ashraf Md. Radzi, Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif; Dato’ Mohd Zahir Zahur Hussain, Pengarah Bebas Bukan Eksekutif; Dato’ Dr Faridah Aryani Md Yusof, Pengarah Bebas Bukan Eksekutif; Drs Imam Fathorrahman, Pengarah Bebas Bukan Eksekutif; Dr Mary Jane Cardosa, Pengarah Bebas Bukan Eksekutif; Dato’ Seri Dr Awaludin Said, Pengarah Bebas Bukan Eksekutif dan Mohd Firdaus Zulkifli, Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif (Pengarah Alternatif kepada Mohammad Ashraf Md. Radzi).
Kepakaran Pharmaniaga merangkumi pembuatan, logistik dan pengedaran, serta strategi jualan dan pemasaran dinamik yang memastikan produk mereka sampai kepada golongan yang memerlukan di seluruh negara.
Pharmaniaga mempunyai lebih daripada 3,400 pekerja, dan lebih daripada 200 pakar saintifik dan teknikal dalam pelbagai disiplin.
Dengan lima kilang pembuatan, termasuk kilang di Indonesia, Pharmaniaga mampu menghasilkan produk dalam pelbagai bentuk; dari pepejal oral, cecair dan krim kepada suntikan kecil. Portfolio produknya merangkumi segmen terapeutik yang pelbagai seperti kardiovaskular, diabetes, anti-jangkitan, pengurusan kesakitan, dan respiratori, dan lain-lain.
Operasi di Indonesia terdiri daripada PT Errita Pharma (Errita) dan PT Millennium Pharmacon International Tbk (MPI). MPI adalah syarikat tersenarai awam di Bursa Saham Indonesia dengan 35 cawangan di seluruh negara. Manakala, Errita menghasilkan lebih daripada 60 produk farmaseutikal generik serta produk di kaunter.