Phil Keoghan MNZM | |
---|---|
Kelahiran | Philip John Keoghan 31 Mei 1967 |
Pekerjaan | Pengacara televisyen |
Tahun aktif | 1990 – kini |
Kredit yang dikenali | The Amazing Race (CBS) No Opportunity Wasted (Discovery Channel) Explorer (National Geographic) |
Pasangan | Louise Rodrigues |
Anak-anak | Elle Keoghan (b. 1995) |
Ibu bapa | Elizabeth "Beth" Keoghan John Keoghan |
Saudara | Andrew Keoghan (adik) Ruth Keoghan Cooper (adik) |
Philip John Keoghan MNZM (/ˈkoʊɡən/; lahir 31 Mei 1967) ialah seorang personaliti televisyen New Zealand, paling dikenali sebagai pengcara versi AS The Amazing Race di CBS, sejak kemunculan sulung pada 2001. Beliau juga pencipta dan hos No Opportunity Wasted, yang telah diterbitkan di Amerika Syarikat, New Zealand, dan Kanada. Pada tahun 2016, beliau telah terlibat dengan memenangi sepuluh Anugerah Emmy Primetime yang berkaitan dengan karyanya di The Amazing Race, di mana rancangan itu berturut-turut memenangi Outstanding Reality-Competition Program sebanyak tujuh kali.[1]
Keoghan dilahirkan di Lincoln, sebuah bandar satelit Christchurch, New Zealand.[2] Kerana kerjaya bapanya, Keoghan menghabiskan sebahagian besar zaman kanak-kanaknya di Antigua dan Kanada.[3] Keluarganya telah kembali ke Christchurch pada waktu beliau berada di sekolah menengah,[3] dan selepas itu, beliau menghadiri St Andrew's College, Christchurch.[2]
Keoghan telah bekerja di lebih dari tujuh puluh negara sebagai pengacara, penerbit, penulis, dan jurukamera televisyen. Beberapa rancangan TV yang Keoghan telah terlibat termasuk:
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Phil Keoghan |