Pi Hongyan | |
---|---|
Maklumat peribadi | |
Nama kelahiran | 皮红艳 |
Negara | Perancis |
Cakat tangan | Kanan |
Perseorangan Wanita | |
Ranking semasa | 6 (26 Jun 2008) |
Profil BWF |
Pi Hongyan (Cina Ringkas: 皮红艳 ; Cina Tradisional: ??? ; pinyin: Pí Hóngyàn; lahir 25 Januari 1979) merupakan pemain badminton profesional wanita dari Perancis. Beliau dilahirkan di Chongqing, Republik Rakyat China.
Pi beraksi di Sukan Olimpik 2004, tetapi ditewaskan oleh Seo Yoon-hee dari Korea Selatan pada pusingan pertama.
Pi merangkul kejuaraan Aviva Terbuka Singapura 2006 menerusi acara perseorangan wanita menewaskan Mia Audina, pemain Belanda 22-20, 22-20 pada perlawanan akhir. Pada tahun 2007, Pi memenangi gelaran Perseorangan Wanita di Kejohanan Badminton Kebangsaan Perancis.