Oleh kerana kejohanan Piala FA 2020 tidak dapat diteruskan dan FAM telah membuat keputusan untuk membatalkannya kerana penularan pandemik COVID-19 di dalam negara yang masih belum reda, maka satu daripada dua tiket yang diberikan oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) kepada Malaysia untuk layak ke peringkat kumpulan Piala AFC 2021 akan diberikan kepada juara dari Piala Malaysia 2020.[2] Jika Johor Darul Ta'zim atau Kedah selaku juara dan naib juara Liga Super 2020 muncul sebagai juara, Terengganu sebagai tempat ketiga dalam Liga Super 2020 yang akan layak, ini kerana slot itu tidak akan diberikan kepada pasukan naib juara Piala Malaysia 2020.[3]
Pada 12 November 2020, Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) mengesahkan bahawa kejohanan tidak akan disambung dan dibatalkan serta-merta. Ini bermaksud menutup musim untuk bola sepak Malaysia pada tahun 2020 berikutan penolakan rayuan MFL oleh pemerintah, termasuk dengan sebahagian besar negara dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (CMCO) disebabkan oleh pandemik COVID-19 di Malaysia.[4][5][6]
Berikutan pandemik COVID-19 yang masih melanda negara, kejohanan TM Piala Malaysia 2020 telah dirombak di mana tiada perlawanan untuk peringkat kumpulan dimainkan dan kejohanan akan terus ke perlawanan peringkat kalah mati 16 pasukan, suku akhir, separuh akhir dan perlawanan akhir. Kesemua perlawanan juga akan dimainkan dengan tanpa perlawanan timbal balik[7][8] dan di belakang pintu tertutup.[9] Manakala tarikh asal bermulanya kejohanan juga telah di anjak sedikit ke depan.[10]
Dalam kejohanan ini, 11 pasukan teratas daripada saingan Liga Super 2020 disertai oleh 5 pasukan teratas dari saingan Liga Premier 2020 (bukan pasukan dari pasukan pembangunan) layak menyertai. Pasukan yang layak adalah seperti berikut;
Majlis undian akan diadakan pada 1 November 2020, jam 11 pagi MST.[13][14] Balang A akan menjadi tuan rumah perlawanan di pusingan 16. Sekiranya lokasi di venue tuan rumah mengalami pandemik COVID-19 yang serius dan tidak mendapat persetujuan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan (KKM) untuk diadakan, kemungkinan venue tuan rumah akan dimainkan di venue berkecuali.[15][16]
Dalam fasa kalah mati, jika keputusan perlawanan terikat pada masa biasa, masa tambahan akan dimainkan (dua tempoh 15 minit setiap satu). Jika masih terikat selepas masa tambahan, sepakan penalti akan digunakan untuk menentukan pemenang jika perlu.
Perlawanan harus dimainkan dari 12 hingga 13 November 2020, tetapi ia dibatalkan segera oleh MFL pada 12 November 2020 berikutan penolakan rayuan MFL oleh pemerintah disebabkan oleh pandemik COVID-19 yang melanda negara.[4]
^AFF, Editor (12 November 2020). "TM Malaysia Cup 2020 cancelled". aseanfootball.org. Dicapai pada 12 November 2020.CS1 maint: extra text: authors list (link)