| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Kesemua 400 kerusi kepada Perhimpunan Kebangsaan 201 kerusi diperlukan untuk memperoleh majoriti | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Kawasan pilihan raya Afrika Selatan pada 2014 | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Pilihan raya umum Afrika Selatan 2014 telah diadakan pada 7 Mei 2014 untuk memilih anggota Perhimpunan Kebangsaan dan badan perundangan wilayah baru bagi setiap wilayah. Ia adalah pilihan raya kelima yang diadakan di bawah syarat-syarat hak mengundi dewasa umum sejak berakhirnya era aparteid pada tahun 1994 dan juga pertama kali diadakan selepas kematian Nelson Mandela.
Pilihan raya Perhimpunan Kebangsaan dimenangi oleh Kongres Kebangsaan Afrika (ANC) tetapi dengan majoriti yang menurun kepada 62.1% berbanding 65.9% ketika pilihan raya tahun 2009. Pembangkang rasmi Perikatan Demokratik (DA) pula memperoleh peratusan undi yang meningkat iaitu daripada 16.7% kepada 22.2% manakala parti politik baru, Pejuang Kebebasan Ekonomi (EFF) mendapat 6.4% undi.
Lapan daripada sembilan badan perundangan wilayah dimenangi oleh ANC. EFF memperoleh lebih daripada 10% undian di wilayah Gauteng, Limpopo dan Barat Laut dan mengalahkan DA ke tempat kedua di Limpopo dan Barat Laut. Pada enam wilayah lain yang dimenangi oleh ANC, DA mendapat tempat kedua. Di Cape Barat, satu-satunya wilayah yang tidak dimenangi oleh ANC, DA memperoleh majoriti yang meningkat daripada 51.5% kepada 59.4%.
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Pilihan raya umum Afrika Selatan 2014 |