Kegunaan | Penyejatan bendalir dan pepejal |
---|---|
Item berkaitan | Mangkuk pijar |
Piring sejat ialah sebuah peralatan makmal yang digunakan sebagai tempat penyejatan larutan dan cecair atasan mendakan. Piring-piring sejat digunakan untuk membantu menyejatkan pelarut lebihan, lazimnya air untuk menghasilkan suatu larutan pekat atau mendakan pepejal daripada bahan terlarut. Kebanyakan piring sejat diperbuat daripada porselin atau kaca borosilikat. Sesetengah piring sejat yang dikhususkan bagi suhu tinggi diperbuat dairpada logam, lazimnya platinum, disebabkan oleh sifat nadirnya dan risiko pencemaran yang rendah. Isi padu piring sejat lazimnya 3 ke 10 mililiter, dengan piring-piring besar (hingga 100 mililiter) berbentuk lebih seperti hemisfera.