Potehi (Cina tradisional: 布袋戲 ; Pe̍h-ōe-jī: pò͘-tē-hì "wayang sarung kain") ialah suatu persembahan wayang menggunakan patung berasaskan kain jahitan dan kepingan kayu[1] yang dikembangkan masyarakat Cina Hokkien di kota-kota Quanzhou atau Zhangzhou di rantau Fujian serta Chaoshan di Guangdong selatan tanah besar Cina pada abad ke-17. Ia juga terkenal di pulau Taiwan, Pulau Pinang[2] serta Jawa.[3][4]