Pounamu (serta greenstone dalam dialek Inggeris tempatan) ialah gelaran Māori bagi sekumpulan batuan mineral yang keras di selatan New Zealand. Batu-batuan ini dipandang tinggi di New Zealand, terutamanya dalam kebudayaan Māori. Kini, pounamu sering digunakan sebagai barang perhiasan serta hadiah dalam kalangan warga New Zealand.[1]
Secara geologi, pounamu lazimnya terdiri jed nefrit, bowenit atau serpentinit, dan lazimnya dikelaskan oleh warna dan rupa oleh orang Māori, seperti kawakawa, kahurangi, īnanga dan tangiwai.[2] Meskipun begitu, perkataan pounamu kini lazimnya dikhususkan kepada jed nefrit.
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Pounamu |