Presiden Republik Uruguay | |
---|---|
Anggota bagi | Poder Ejecutivo de la República Oriental del Uruguay (en) |
Bidang kuasa | Uruguay |
Institusi | Presidencia de la República (en) |
Kediaman | Residencia de Suarez |
Dilantik oleh | Pilihan raya umum Uruguay 2014 |
Tempoh jawatan | Lima tahun, tidak diperbahrui |
Penjawat sulung | Fructuoso Rivera |
Dibentuk | 6 November 1830 |
Timbalan/naib | Vice President of Uruguay |
Gaji | 11,634 USD sebulan[1] |
Senarai | List of presidents of Uruguay (en) |
Tapak web | presidencia.gub.uy |
sunting · sunting di Wikidata |
Presiden Uruguay juga dikenali sebagai Presiden Oriental Republik Uruguay merupakan ketua negara dan ketua kerajaan di negara Uruguay dan diperakukan di dalam Perlembagaan Uruguay. Bidang tugas seseorang Presiden adalah bersama-sama dengan Pejabat Sektariat Presiden, Lembaga Menteri dan pengarah utama eksekutif bagi proses perancangan ekonomi dan belanjawan negara. Di dalam kes ketidakhadiran seseorang Presiden atas tugas-tugas rasmi, tempatnya akan dipangku sementara oleh Timbalan Presiden Uruguay. Presiden juga merupakan komander utama bagi semua pasukannangkatan tentera Uruguay.
Mengikut Perlembagaan Uruguay 1967 atau Perlembagaan Uruguay 1997, sesorang Presiden ditentukan berdasarkan undi popular rakyat dan menjabat jawatan tersebut selama lima tahun sepenggal (tiada tempoh masa untuk diperbahrui). Setiap kali pilihan raya umum, parti-parti di Uruguay boleh manghantar dua orang calon untuk bertanding jawatan Presiden dan Timbalan Presiden di peringkat pusingan pertama. Bagi yang memperoleh majoriti 50%+1 di peringkat tersebut, dua calon teratas akan layak untuk bertanding di peringkat pusingan kedua bagi penentuan ke jawatan Presiden.
Sejak tahun 1990, penggal mula jawatan Presiden ditetapkan setiap 1 Mac dan tamat juga pada 1 Mac, lima tahun kemudian. Presiden Uruguay terkini ialah Luis Lacalle Pou.
Berdasarkan Artikel 168 Perlembagaan Uruguay, seseorang presiden mempunyai fungsi-fungsi tertentu antaranya:
Pada 25 November 2019, keputusan awal tidak rasmi di dalam pusingan kedua menunjukkan Lacalle Pou, mendahului dengan majoriti (48.71%) jumlah pengundi ketika itu sebanyak 28,666 undi manakala Martínez sekadar dengan (47.51%). Proses pengumuman pemenang lewat kerana sebanyak 35,229 undi diperlukan untuk dikira. Pada 28 November 2019, Martínez kemudian mengakui kekalahannya. Pada 30 November 2019, undi terakhir mengesahkan Lacalle Pou sebagai pemenang dengan majoriti tipis memperoleh peratus undian 48.8% daripada jumlah undian yang dibuang manakala Martínez dengan peratus undian 47.3%. Luis Alberto Lacalle Pou dijangka mengangkat sumpah jawatan Presiden Uruguay ke-64 pada 1 Mac 2020.