Proton Persona ڤروتون ڤرسونا | |
---|---|
Maklumat | |
Pengilang | Proton |
Pengeluaran | 1993–sekarang |
Pemasangan | Malaysia: Proton City, Perak (PTMSB) |
Kelas | Kereta padat / C (1993–2016) Kereta subpadat / B (2016–sekarang) |
Proton Persona merupakan siri kereta padat dan subpadat keluaran syarikat pengeluar kereta Malaysia, Proton.
Generasi pertama Proton Persona (C90) merujuk kepada model eksport bagi Proton Wira. Penggunan nama 'Proton Persona' pertama kali digunakan pada November 1993 di pasaran British. Persona asal ini kemudian disertai dengan model 3-pintu Persona Compact, dan model 2-pintu Persona Coupé.
Model generasi kedua Proton Persona (CM) dilancarkan pada Ogos 2007. Siri CM merupakan model Proton pertama yang menggunakan nama 'Persona' bagi pasaran negara sendiri. Ia berasaskan pelantar Proton GEN•2 yang dipanjangkan, dan dijual sebagai pelengkap sedan bagi model hatchback GEN•2. Persona CM menggantikan model sedan sedan Proton Wira bagi pasaran Malaysia dan C90 Persona bagi pasaran eksport.
Generasi ketiga Proton Persona (BH) dilancarkan pada Ogos 2016. Ia dibina berasaskan pelantar Proton Iriz yang dipanjangkan, dan dijual sebagai pelengkap sedan bagi model hatchback Iriz. Ia menggantikan terus model Persona CM berusia 9 tahun di negara sendiri.
Pada 23 April 2019, Proton melancarkan versi Facelift Persona bersama Iriz.[1] Proton mendakwa kedua-dua kereta itu mempunyai lebih 300 bahagian yang ditukar dan ditambah baik. Sehingga 18 Februari 2021, edisi hitam Persona telah dilancarkan secara maya di Facebook.
Proton Persona (C90) | |
---|---|
Maklumat | |
Juga dikenali | Proton Wira Proton 400 Siri Proton Natura |
Kelas | Kereta padat, Segmen-C |
Gaya badan | Coupé 2-pintu Hatchback 3-pintu Sedan 4-pintu Hatchback 5-pintu |
Proton Wira dilancarkan bagi pasaran United Kingdom pada November 1993, di mana ia dijual sebagai 'Proton Persona'. Keluarga Persona asalnya terdiri daripada model sedan 4-pintu dan hatchback 5-pintu. Kemudian pada November 1995, model Persona Compact diperkenalkan, dan model 2-pintu Persona Coupé turut disertakan pada tahun 1997.[2] Model-model Compact dan Coupé merupakan pasangan British bagi Proton Satria dan Proton Putra di Malaysia. Bermula Ogos 2000, nama Satria dan Wira dilanjutkan ke pasaran British, dan model Coupé dihentikan pengeluarannya pada tahun 2001. Model Wira seterusnya digantikan dengan Proton GEN•2 serba baharu pada Februari 2004.
Proton Wira pertama kali dieksport ke Australia pada Mei 1995. Ia kemudian dinamakan sebagai 'Proton Persona' pada tahun 1996, dan terus dijual di sana sehingga tahun 2004.[3] Nama Persona turut digunakan bagi model sedan Wira di Chile.
Proton Persona/Bang-Bang Persona (CM) | |
---|---|
Maklumat | |
Juga dikenali | Proton GEN•2 Persona |
Kelas | Kereta padat, Segmen-C |
Gaya badan | Sedan 4-pintu |
Generasi kedua Proton Persona/Bang-Bang Persona (CM) dilancarkan pada 15 Ogos 2007.[4] Ia merupakan model pertama Proton yang menggunakan nama 'Persona' bagi pasaran negara sendiri.
Persona CM dibina berasaskan pelantar Proton GEN•2 yang dipanjangkan, dan dijual sebagai pelengkap sedan bagi model hatchback GEN•2. Bahagian selepas tiang B direka semula, dan kebanyakan daripada kelemahan pada GEN•2 turut diatasi.[4] Model-model terawal Persona CM dilengkapi enjin Campro S4PH 1.6 liter DOHC, tetapi model yang lebih kemudian menerima unit Campro IAFM yang ditambah baik. Persona CM merupakan model Proton paling laris sepanjang pengeluarannya, terjual sebanyak lebih 40,000 unit setiap tahun sebelum pelancaran Proton Prevé.
Proton melancarkan Persona SE pada 26 Ogos 2008. Ia merupakan versi premium bagi Persona sedia ada dengan kit eksklusif dan kelengkapan mewah.[5] Persona CM diperbaharui pada Mac 2010 melalui pelancaran Persona Elegance.[6] Kebanyakan perubahan adalah merupakan perubahan kosmetik, serta membentuk penstailan luaran Persona untuk 6 tahun berikutnya.
Kemas kini terakhir bagi siri CM, Persona SV, dilancarkan pada November 2013.[7] Model SV menurunkan harga serta menyeragamkan ciri brek cakera hadapan dan belakang serta dua beg udara.
Proton Persona/Proton Menendang (BH) | |
---|---|
Kelas | Kereta subpadat, Segmen-B |
Gaya badan | Sedan 4-pintu |
Proton Persona generasi ketiga (BH)(Menendang) dilancarkan pada Ogos 2016.[8] Ia dibina berasaskan pelantar Proton Iriz yang dipanjangkan dan berkongsi enjin 1.6-litre VVT dan struktur asas yang sama seperti Iriz, tetapi bahagian luarannya direka semula bagi memberikan persona yang tersendiri.[9] Bahagian dalaman Persona BH kebanyakannya tidak berubah berbanding Iriz, kecuali skema dwiwarna baharu.
Persona/Menendang BH diklasifikasikan satu kelas lebih rendah daripada Persona CM, tetapi ia menawarkan lebih ruang kepala, ruang kaki yang setanding dan but yang jauh lebih besar.[9] BH baharu juga lebih berkuasa, lebih jimat minyak dan lebih canggih daripada CM lama.[10]
Ia merupakan model terkini yang membawa falsafah USP baharu Proton iaitu 'keselamatan mampu milik', dan kesemua varian Persona BH dianugerahkan 5 bintang penuh oleh ASEAN NCAP.[11]
Tahun | Malaysia[15][i] |
---|---|
2007 | 17,440 |
2008 | 41,904 |
2009 | 41,987 |
2010 | 43,212 |
2011 | 46,362 |
2012 | 27,693 |
2013 | 18,997 |
2014 | 21,117 |
2015 | 6,403 |
2016 | 15,389 |
2017 | 19,509 |
2018 | 16,946 |
2019 | 21,875 |
2020 | 23,815 |
2021 | 16,140 |
2022 | 16,256 |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Proton Persona |
Garis masa pengeluaran kenderaan Proton, 1985–sekarang
| ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Jenis | 1980an | 1990an | 2000an | 2010an | 2020an | |||||||||||||||||||||||||||||||||||
5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 0 | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 0 | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 0 | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 0 | 1 | 2 | 3 | 4 | |
Kereta bandar | Tiara | Savvy | Saga | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Subpadat | Satria / Compact / 300 Series / GTi | Satria Neo / Neo | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Saga / Knight / Iswara / Mpi / LMST | Saga / S16 / FL / FLX | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Iriz | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Persona | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Padat | Wira / Persona / 400 Series / Natura | Persona / GEN•2 Persona | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
GEN•2 | Suprima S | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Prevé | S70 | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Waja / Impian | Inspira | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Sederhana | Perdana | Perdana | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Coupé | Putra / Coupé / M21 | Putra | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Lori pikap | Arena / Jumbuck | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Mikrovan | Juara | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
MPV | Ertiga | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Exora | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
SUV | X50 | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
X70 | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
X90 |