Psilopogon | |
---|---|
Psilopogon pyrolophus | |
Pengelasan saintifik | |
Domain: | Eukaryota |
Alam: | Haiwan |
Filum: | Chordata |
Kelas: | Aves |
Order: | Piciformes |
Keluarga: | Megalaimidae |
Genus: | Psilopogon Müller, S., 1836 |
Spesies jenis | |
Psilopogon pyrolophus Müller, S.
| |
Sinonim | |
Megalaima G. R. Gray, 1842 |
Psilopogon ialah genus takur dalam keluarga Megalaimidae yang dahulunya merangkumi hanya satu spesies, takur api (P. pyrolophus). Keputusan pencerakinan filogenetik molekul menunjukkan bahawa genusnya bersarang dalam cabang evolusi yang terdiri daripada takur yang dahulunya disusunkan dalam genus Megalaima yang diusulkan oleh George Robert Gray pada tahun 1841. Oleh kerana Psilopogon telah diusulkan oleh Salomon Müller pada tahun 1835, nama tersebut diutamakan.[1]
Nama Psilopogon menggabungkan psilos dari bahasa Yunani Purba yang bermaksud "terdedah" dan pōgōn yang bermaksud "janggut".[2]
Genus Psilopogon telah diperkenalkan pada tahun 1836 oleh semulajadiman Jerman Salomon Müller untuk menampung satu spesies, takur api (Psilopogon pyrolophus), yang oleh itu merupakan spesies jenisnya.[3][4]
Pada abad ke-19 dan ke-20, kira-kira 19 nama genus telah diusulkan untuk spesies takur dalam koleksi muzium sejarah semulajadi, termasuk Megalaima oleh George Robert Gray pada tahun 1849 dan Mezobucco oleh George Ernest Shelley pada tahun 1889.[5] Penyelidikan filogenetik molekul bagi takur mendedahkan bahawa spesies Megalaima membentuk klad, yang juga termasuk takur api. Takur yang dahulunya disusunkan dalam Megalaima oleh itu dilangkelaskan di bawah genus Psilopogon, yang kini mengandungi 33 spesies.[6]
Sehingga Februari 2023, senarai burung yang diselenggara oleh Frank Gill, Pamela Rasmussen, dan David Donsker bagi pihak Jawatankuasa Ornitologi Antarabangsa (IOC) serta Senarai Semak Clements untuk Burung di Dunia yang diselenggara oleh ahli Universiti Cornell kedua-duanya menganggap Psilopogon cyanotis sebagai subspesies Psilopogon duvaucellii.[7][8] Takson Psilopogon cyanotis tidak termasuk dalam kajian filogenetik molekul 2013 oleh Robert Jan den Tex dan Jennifer Leonard.
Spesies | Gambar | Taburan |
---|---|---|
Takur api (P. pyrolophus) | Semenanjung Malaysia dan Sumatera | |
Takur tukang besi (P. haemacephalus) (Statius Müller, 1776)[9] | dari Pakistan hingga ke Filipina dan Indonesia | |
Takur pipi putih (P. viridis) (Boddaert, 1783)[10] | Ghats Barat dan bukit-bukau berhampiran | |
Takur besar (P. virens) (Boddaert, 1783)[11] | utara India, Nepal, dan Bhutan, Bangladesh dan beberapa bahagian di Asia Tenggara, sejauh timur hingga ke Laos | |
Takur ru (P. zeylanicus) (Gmelin, 1788) | Ghats Barat dan bahagian berbukit di selatan semenanjung India | |
Takur dahi kirmizi (P. rubricapillus) Gmelin, 1788) | Sri Lanka | |
Takur muka biru (P. asiaticus) (Latham, 1790) | subbenua India dan Asia Tenggara | |
Takur kukup (P. lineatus) (Vieillot, 1816) | Benggala Barat dan Bangladesh | |
Takur dahi kuning (P. flavifrons) (Cuvier, 1816) | Sri Lanka | |
Takur jalur hitam (P. javensis) (Horsfield, 1821) | Jawa dan Bali | |
Takur akar (P. australis) (Horsfield, 1821) | Jawa dan Bali | |
Takur nyala (P. armillaris) (Temminck, 1821) | Jawa dan Bali | |
Takur jambang emas (P. chrysopogon) (Temminck, 1824) | Brunei, Indonesia, Malaysia, Thailand, Borneo, dan Sumatera | |
Takur raya (P. mystacophanos) (Temminck, 1824) | Myanmar, Thailand, Malaysia, Singapura, Indonesia, Brunei | |
Takur telinga hitam (P. duvaucelii) (Lesson, 1830) | Semenanjung Malaysia, Sumatera, dan Borneo | |
Takur telinga hijau (P. faiostrictus) (Temminck, 1831) | selatan China, Kemboja, Laos, Thailand, dan Vietnam | |
Takur leher perang (P. corvinus) (Temminck, 1831) | barat Jawa | |
Takur ubun kuning (P. henricii) (Temminck, 1831) | Brunei, Indonesia, Malaysia, Singapura, dan Thailand | |
Takur bukit (P. oorti) (Müller, 1836) | Sumatera dan Semenanjung Tanah Melayu | |
Takur ubun merah (P. rafflesii) (Lesson, 1839) | Brunei, Indonesia, Malaysia, Myanmar, Singapura, dan Thailand | |
Takur leher emas (P. franklinii) (Edward Blyth, 1842)[12] | Nepal, India, Bhutan, Myanmar, Thailand, Malaysia, Laos, Vietnam, dan tanah besar China | |
Takur telinga biru (P. cyanotis) (Blyth, 1847) | timur laut India dan Bangladesh ke semenanjung Thailand | |
Takur Malabar (P. malabaricus) (Blyth, 1847) | Ghats Barat dari sekitar Goa selatan ke selatan Kerala | |
Takur sulam (P. nuchalis) (Gould, 1863) | Taiwan | |
Takur lohong merah (P. lagrandieri) (Verreaux, 1868) | Kemboja, Laos, dan Vietnam | |
Takur Cina (P. faber) (R. Swinhoe, 1870) | selatan China | |
Takur bermisai (P. incognitus) (Hume, 1874) | Myanmar, Thailand, Kemboja, Laos, dan Vietnam | |
Takur tengkuk emas (P. pulcherrimus) (Sharpe, 1888) | Indonesia dan Malaysia | |
Takur gunung (P. monticola) (Sharpe, 1889) | Borneo | |
Takur Borneo (P. eximius) (Sharpe, 1892) | Indonesia dan Malaysia, Borneo | |
Takur berkalung (P. auricularis) (Robinson & Kloss, 1919) | selatan Laos dan Vietnam | |
Takur Annam (P. annamensis) (Robinson & Kloss, 1919) | Laos, Vietnam, dan Kemboja | |
Takur muka firus (P. chersonesus) (Chasen & Kloss, 1927) | Thailand |
| ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Hubungan dalam genus.[13] Psilopogon cyanotis tidak termasuk dalam kajian. |