Psilosis

Psilosis (Jawi: ڤسيلوسيس) ialah perubahan bunyi yang berlaku semasa zaman baharian dalam bahasa Yunani yang mana bunyi konsonan /h/ digugurkan. Perkataan ini berasal daripada bahasa Yunani ψίλωσις psílōsis ("pelicinan, penipisan")[1] dan berkaitan dengan perkataan untuk untuk pernafasan yang lancar (ψιλή psilḗ), yang menunjukkan ketiadaan bunyi awalan /h/ dalam sesuatu perkataan. Dialek-dialek yang telah hilang /h/ dipanggil psilotik (ڤسيلوتيک).

Fenomena ini serupa dengan pengguguran /h/ dalam sesetengah perkataan bahasa Melayu, seperti 'hujung' menjadi 'ujung', 'hutan' menjadi 'utan' dan 'hulu' menjadi 'ulu'.

Pengguguran /h/ berlaku pada waktu-waktu yang berbeza mengikut dialek Yunani. Dialek-dialke timur Ionia, dialek Aeolia Lesbos, serta dialek Doria Crete dan Elis, sudah pun bersifat psilotik semasa sejarah mereka mula ditulis.[2] Di Attika, bahasa percakapan mempunyai banyak variasi pada zaman klasik,[3] tetapi bahasa baku dan formal mengekalkan /h/. Variasi ini diteruskan ke dalam bahasa Yunani Koine.[4]

Tanda Pernafasan Kasar & Lancar

[sunting | sunting sumber]

Ahli tatabahasa Iskandariah zaman Yunani mengkodifikasikan ortografi Yunani pada abad ke-2 dan ke-1 SM dan memperkenalkan, antara lainnya, tanda-tanda untuk pernafasan kasar ( ῾ ) dan lancar ( ᾿ ), untuk membezakan antara perkataan dengan dan tanpa /h/ awalan. Walau bagaimanapun, mereka jelas menuliskannya pada zaman perbezaan ini tidak lagi dikuasai secara penutur asli. Pada zaman Rom lewat dan awal Byzantium, /h/ telah gugur dalam semua variasi bahasa Yunani.[5]

Ortografi

[sunting | sunting sumber]

Eta dan heta

[sunting | sunting sumber]

Pengguguran /h/ dicerminkan dalam perkembangan abjad Yunani dengan perubahan fungsi huruf eta (Η), yang awalnya berfungsi sebagai tanda /h/ ("heta") tetapi kemudian, dalam dialek-dialek psilotik, digunakan semula sebagai tanda vokal panjang /ɛː/.

Pernafasan kasar dan lancar

[sunting | sunting sumber]

Dalam ortografi Yunani yang bermula pada zaman Helenistik Yunani Purba, bunyi /h/ yang asal, tempat ia pernah wujud, dilambangkan dengan diakritik ( ῾ ), dipanggil pernafasan kasar atau spiritus asper. Tanda ini sering digunakan untuk mengikut gaya teks-teks yang ditulis dalam dialek Ionia diterjemahkan ke dalam bahasa Yunani Attika, yang sudah bersifat psilotik pada masa teks-teks itu ditulis. Tetapi bagi teks-teks Aeolia semua perkataan mengikut gaya konvensionalnya ditandakan tidak dihembuskan.[6]

  1. ^ ψίλωσις. Liddell, Henry George; Scott, Robert; A Greek–English Lexicon di Perseus Project.
  2. ^ Woodard, Roger D. (2008). "Greek dialects". The ancient languages of Europe. Cambridge: Cambridge University Press. m/s. 58. ISBN 9780521684958.
  3. ^ Teodorsson, Sven T. (1974). The phonemic system of the Attic dialect 400–340 BC. Gotenburg. Also: Teodorsson, Sven T. (1978). The phonology of Attic in the Hellenistic period. Gotenburg.
  4. ^ Teodorsson, Sven T. (1977). The phonology of Ptolemaic Koine. Gotenburg.
  5. ^ Horrocks, Geoffrey. Greek: A history of the language and its speakers. London: Longman. m/s. 171.
  6. ^ Colvin, Stephen (2007). A historical Greek reader: Mycenaean to the Koiné. Oxford: Oxford University Press. m/s. 27.