Puchong ڤوچوڠ | |
---|---|
Nama panggilan: Puchong, Bandar Bunga Kenanga Puchong, Bandar Bunga Semarak Api | |
Cogan kata: Perbandaran Bestari,Kota Niaga Kediaman Idaman Menjadi sebuah pihak berkuasa tempatan bertaraf dunia | |
Negara | Malaysia |
Negeri | Selangor |
Pembentukan | sekitar 1900 |
Dinaik taraf Bandaraya Subang Jaya - Bahagian Puchong Dinaik taraf Perbandaran Sepang - Puchong Selatan | 2 Januari 1997 3 Mac 2005 |
Pentadbiran | |
• YDP Subang Jaya- Bahagian Puchong YDP Sepang-Bahagian Puchong Selatan | Tuan Adnan Bin Hj. Md. Ikshan
Tuan Azizan Bin Mohamad Sidin Datuk Bandar Kuala Lumpur:Datuk mohd Amin Nordin |
Keluasan | |
• Jumlah | 51.71 km2 (19.97 batu persegi) |
Penduduk (2016) | |
• Jumlah | 360,000 |
• Kepadatan | 6,486.54/km2 (16,800.1/batu persegi) |
Zon waktu | UTC+8 (MST) |
• Musim panas (DST) | Tidak berkenaan |
Laman sesawang | http://www.mpsj.gov.my/ dan http://www.mpsepang.gov.my/ |
Puchong ialah satu kawasan yang berada di dalam lingkungan metropolitan Kuala Lumpur-Lembah Klang. Pada asalnya kawasan Puchong yang dibahagikan mengikut urutan batuan bernombor merujuk kepada suatu kawasan yang sejajar dengan Jalan Puchong, iaitu sebatang jalan raya yang menghubungkan Kuala Lumpur Jalan Klang Lama di utara dengan Daerah Sepang di selatan. Kini dari segi pentadbiran, Puchong telah terpecah kepada beberapa kawasan pentadbiran yang berbeza. Sebahagian kecil terangkum di bawah lingkungan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur iaitu kawasan batu 6 hingga ke Jalan Klang Lama yang ditadbir oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, sebahagian besar dalam Daerah Petaling, ia ditadbir oleh Majlis Bandaraya Subang Jaya manakala Puchong Selatan di bawah lingkungan Daerah Sepang dan ditadbir oleh Majlis Perbandaran Sepang. Puchong dihubungkan dengan bahagian lain di Lembah Klang melalui Lebuhraya Damansara-Puchong dan Lebuhraya Sungai Besi.ia juga sangat baik.
Puchong terbahagi kepada 2 kawasan Parlimen iaitu kawasan parlimen Puchong yang mengandungi 2 kerusi Dewan Undangan Negeri iaitu Kawasan Kinrara dan Sri Serdang dan Parlimen Sepang yang merangkumi Puchong Selatan yang diletakkan dalam Dewan Undangan Negeri kawasan Dengkil. Manakala kawasan Batu 5 dan 7 Puchong yang berada di sebelah Kuala Lumpur terletak di bawah kawasan parlimen Seputeh manakala Batu 6 berada dalam kawasan parlimen Lembah Pantai Timur.
Puchong telah wujud sekurang-kurangnya lebih dari 120 tahun dahulu dan mendapat namanya sempena sejenis burung yang dikatakan sering memenuhi kawasan tebing sungai dan lombong. Orang Asli pada sekitar tahun 1900 menjadikan burung Puchong tersebut sebagai makanan kegemaran sehinggalah terdapat seorang anak watan Melayu memberi nama kawasan itu yang kekal hingga ke hari ini.
Sungai Klang merupakan nadi utama bagi Puchong. Puchong mula diteroka apabila beberapa buah estet atau ladang pertanian dibuka secara besar-besaran. Untuk menyokong keperluan buruh yang banyak dalam sektor pertanian, syarikat estet mengambil imigran dari India sebagai pekerja. Tidak lama selepas itu, kawasan pesisir Sungai Klang pula ditemui bijih timah. Kerana industri perlombongan bijih timah, para imigran dari China pula dibawa masuk.
Dikatakan Kuil Hindu di Puchong Batu 12 mempunyai sejarah selama 120 tahun. Manakala bagi SJK (C) Han Ming di Puchong Batu 14, ia telah disahkan mula beroperasi sejak tahun 1921. SJK (C) Sin Ming di Puchong Batu 17 mula beroperasi pada tahun 1934. Terdapat juga Sekolah Melayu yang awal dibina di Puchong iaitu Sekolah Kebangsaan Pulau Meranti yang mula dibuka pada tahun 1946.
Semasa pemberontakan komunis pada tahun 1948, Puchong telah menjadi kawasan hitam dan semua penduduk telah ditempatkan semula ke kawasan yang dikenali sebagai Kampung Baru Batu 14 dengan kawalan pihak Polis.
Penduduk bekerja sebagai penangkap ikan, penoreh getah dan melombong bijih timah. Terdapat beberapa buah syarikat yang mempunyai kapal korek masing-masing. Antara syarikat bijih timah yang pernah beroperasi di Puchong adalah seperti Killinghall Tin Ltd, Hong Kong Tin Ltd, Petaling Tin Ltd, Sungai Klang Dredging dan yang paling besar Ayer Hitam Tin Dredging.
Puchong mula membangun pada tahun 1985 apabila lesen melombong bijih timah tamat dan kemudahan infrastruktur mula dibina kerajaan.
Ekonomi Puchong pada era ini adalah sangat bergantung kepada industri perlombongan (timah & pasir), penorehan getah dan juga pemprosesan serbuk kari. Pada zaman ini pola penempatan Puchong adalah berbentuk sejajar dengan Jalan Puchong. Penempatan ini ditandai dengan "Batu". Penempatan di kawasan Puchong pada zaman itu adalah seperti berikut:
Kawasan Puchong mempunyai penduduk dianggarkan menghampiri 380,000 orang. Namun jumlah ini adalah jumlah yang telah dimasukkan sebahagian kawasan Sepang yang mempunyai poskod yang sama iaitu dari 47100 sehingga 47190 di bawah nama Puchong dan ianya ditadbir oleh Majlis Perbandaran Sepang dan Majlis Bandaraya Subang Jaya. Demografi Puchong terbahagi kepada dua iaitu:-
Jumlah penduduk Puchong di kawasan Daerah Petaling adalah dianggarkan seramai 295,000 orang. Dari segi komposisi kaum, kaum Melayu menguasai 45% peratus dari jumlah penduduk diikuti oleh kaum Cina 40%, India 14% dan kaum-kaum lain mewakili 1 peratus dari keseluruhan penduduk. Kebanyakkan kaum Melayu mendiami kawasan kampung-kampung di sepanjang Sungai Klang dan taman-taman perumahan seperti di Kampung Baru Batu 14, Puchong Permai, Puchong Perdana, Saujana Puchong, Puchong Prima, Puchong Indah, Puchong Utama, Bukit Puchong 1 dan Puchong Intan. Manakala kaum Cina banyak tertumpu kepada kawasan-kawasan perumahan seperti Puchong Jaya, Pusat Bandar Puchong, Bandar Puteri, Bandar Kinrara, sekitar Puchong Batu 8, Taman Kinrara, Kampung Baru Cina di Batu 14 dan Mutiara Puchong. Bagi kaum India pula penempatan mereka tertumpu kepada Kampung Bunga Melur di Batu 14, sekitar Sri Puchong dan Kampung Tun Razak. Terdapat juga penempatan kaum asli di Puchong iaitu di Puchong Batu 14 dikenali sebagai Kampung Sungai Rasau.
Bagi jumlah penduduk Puchong di kawasan Daerah Sepang pula, jumlah penduduknya adalah dianggarkan seramai 85,000 orang. Dari segi komposisi kaum, kaum Melayu adalah kaum majoriti iaitu dianggarkan sebanyak 77%, diikuti kaum Cina 10% dan kaum India 13%.
Terdapat pelbagai agama anutan penduduk Puchong. Puchong merupakan kawasan yang didiami oleh pelbagai kaum dan fahaman agama. Terdapat lebih 7 buah masjid, 6 kuil hindu, 4 kuil Buddha dan beberapa buah gereja kecil yang boleh didapati di Puchong.Majoriti kaum di Puchong adalah _______ .Antara yang terdapat di Puchong ialah Masjid As-Salam Puchong Perdana, Masjid Al-Husna Pusat Bandar Puchong, Masjid Bandar Bukit Puchong, Masjid Al-Ehsan Bandar Kinrara, sebuah Gereja Katolik serta sebuah Kuil Buddha bernama Lumbini Garden telah dibuka di Bandar Puteri.
Puchong mempunyai perkhidmatan pengangkutan yang kurang baik dan kurang cekap. Ini kerana perkhidmatan bas yang sedia ada amat kurang memuaskan oleh kerana masa perjalanan yang tidak menentu. Di samping itu, perkhidmatan teksi juga tidak mengikut meter dan ini boleh didapati disekitar IOI Mall dan Tesco. Oleh kerana itu RapidKL telah menstrukturkan semula perkhidmatan bas ini dengan menyediakan bas-bas transit yang selesa dan mengikut waktu bagi menggantikan perkhidmatan bas yang sedia ada. Ini sedikit sebanyak mengurangkan beban pengguna perkhidmatan awam di Puchong
Oleh kerana kawasan Puchong merupakan kawasan pertumbuhan ekonomi dan penduduk yang pesat, kerajaan persekutuan telah meluluskan satu projek mega untuk memanjangkan jaringan Star LRT ke Puchong dari stesen Sri Petaling bagi memenuhi keperluan penduduk Puchong. Kertas cadangan ini telah pun dipersetujui oleh parlimen dan peruntukan sebanyak RM 10 bilion telah diluluskan bagi memperbaiki pengangkutan awam di Lembah Klang. Cadangan ini telah pun diluluskan dan kerja-kerja gunatanah sedang giat dijalankan. Puchong akan menerima 13 stesen baru.
Di samping itu, Puchong mempunyai jaringan jalan raya yang amat baik dan sistematik. Selain Jalan Puchong, Puchong mudah dihubungi melalui pelbagai lebuh raya seperti:
Puchong hanya mempunyai dua buah institusi pengajian swasta yang bertaraf kolej universiti iaitu Binary University College yang terletak di IOI Business Centre di Puchong Jaya dan Rima International University College yang terletak di Bandar Puteri serta 2 buah kolej swasta di Puchong Prima iaitu KFCH International College (
dahulunya dikenali sebagai Paramount International College) dan Kolej MASA (Malaysian Academic & Skills Advancement). Di samping itu Puchong juga mempunyai lebih daripada 10 sekolah menengah dan lebih 20 sekolah rendah.
Puchong mempunyai beberapa kompleks sukan antaranya Kompleks Sukan Rakan Muda di Batu 12 Puchong, MBA iaitu sebuah pusat sukan khusus untuk sukan badminton dan sebuah stadium mini di Bandar Kinrara. Di Bandar Kinrara juga terdapat sebuah kelab golf iaitu Kinrara Golf Club (KGC). Serta terdapat Kelab Sukan Puchong United yang terletak di Bandar Puchong Jaya. Bagi pusat reakreasi pula terdapat banyak tasik di Puchong yang telah bertukar menjadi pusat rekreasi antaranya Tasik Sri Aman (tempat dahulunya terkenal dengan buaya puchong), Tasik Wawasan, di Pusat Bandar Puchong (sebuah tasik buatan manusia seluas 25 ekar), Tasik Puchong Perdana (Pemandangan menghadap Masjid Puchong Perdana), Taman Tasik Prima dan Pusat Rekreasi Bandar Puteri (bersebelahan Pusat Sukan MBA).
Terdapat beberapa pusat kesihatan di Puchong, antaranya Pusat Rawatan Islam Puchong, Pusat Perubatan KPMC [1], Pusat Kesihatan Kecil Puchong Batu 14, Klinik Desa Kampung Pulau Sebok, Pusat Kesihatan Kecil Puchong Batu 13. Terbaru sebuah hospital swasta dengan 78 katil dibina di Bandar Puteri yang dikenali sebagai Columbia Asia Medical Center. Hospital swasta ini sudah pun memulakan operasi akhir tahun 2007.Terdapat sebuah lagi klinik kerajaan iaitu Klinik kesihatan Petaling Bahagia yang terletak di Batu 6 Jalan Puchong iaitu di sebelah Kuala Lumpur.
Puchong mempunyai banyak kilang-kilang multinasional dan tempatan. Antaranya ialah DHL, George Kent, Tractor Malaysia, dan beberapa kilang-kilang besar yang lain. Puchong juga merupakan pusat bagi perindustrian kecil dan sederhana (IKS). Terdapat banyak kawasan kilang di Puchong. Dari kilang yang besar sehinggalah kepada perusahaan kampung seperti keropok dan kuih muih seperti yang terdapat di Kampung Sri Aman dan Sri Langkas. Kewujudan kawasan-kawasan perindustrian di Puchong ini telah mewujudkan banyak peluang ekonomi dan pekerjaan kepada penduduk dan menjadikannya sebuah bandar yang penting di Malaysia.
Terdapat juga pusat perdagangan baru seperti Bandar Puteri yang menyediakan kawasan perdagangan seperti Puchong Financial City Centre, Bandar Puchong Jaya menyediakan Puchong Boulevard, Puchong Gateway, Setia Walk dan Pusat Perdagangan Puchong Prima. Kawasan-kawasan ini menjadi tumpuan penduduk setempat dan sekitarnya.
Puchong mempunyai banyak kawasan perumahan yang pesat membangun. Antaranya ialah:-
DI bawah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
Puchong kini memiliki 11 zon poskod (termasuk yang berada dalam Kuala Lumpur).Ini adalah kerana kawasan ini antara yang paling pesat membangun. Berikutan dengan itu, pertambahan bilangan penduduk telah menyebabkan kawasan yang sebelumnya menggunakan 47100 Puchong, kini telah berkembang pada dua angka dihujungnya (47100 - 47190). Ini bagi memudahkan kawasan-kawasan ini dikenali melalui poskod baru itu selain memudahkan urusan surat menyurat atau kurier oleh Pos Malaysia dan lain-lain agensi yang berkaitan.
Kawasan yang menggunakan poskod 58200 Kuala Lumpur (Terangkum dalam Wilayah Persekutuan, telah terpakai sekian lama)
Kawasan yang menggunakan poskod 47100 Puchong (Poskod asal)
Kawasan yang menggunakan poskod 47110 Puchong
Kawasan yang menggunakan poskod 47120 Puchong
Kawasan yang menggunakan poskod 47130 Puchong
Kawasan yang menggunakan poskod 47140 Puchong
Kawasan yang menggunakan poskod 47150 Puchong
Kawasan yang menggunakan poskod 47160 Puchong
Kawasan yang menggunakan poskod 47170 Puchong
Kawasan yang menggunakan poskod 47180 Puchong
Kawasan yang menggunakan poskod 47190 Puchong