Pulau Mabul

Pulau Mabul
Pulau Mabul
Pulau Mabul yang terletak di Borneo
Pulau Mabul
Pulau Mabul
Geography
Coordinates4°14′45″N 118°37′52″E / 4.24583°N 118.63111°E / 4.24583; 118.63111Koordinat: 4°14′45″N 118°37′52″E / 4.24583°N 118.63111°E / 4.24583; 118.63111
Administration
Negeri Sabah

Pulau Mabul terletak di pesisir pantai tenggara negeri Sabah, Malaysia. Pulau ini terkenal kerana berdekatan dengan pulau Sipadan.

Peta pelancongan Sabah
Lokasi Pulau Mabul di Teluk Darvel

Pulau ini mempunyai saiz yang agak kecil, nampak melengkung (pandangan dari atas) dan terdapat banyak jenis batu karang yang mendiami disekitarnya. Batu karang menjadi tumpuan spesies ikan marin kerana menjadi tempat pembiakan plankton. Dasarnya tidak dalam dan berada di kawasan pentas benua di Laut Sulawesi. Kedalamannya sekitar 25 hingga 30 meter sesuai untuk aktiviti selaman (scuba diving). Peralatan menyelam boleh disewa di sekitar bandar Tawau dengan harga berpatutan.

Keistimewaan

[sunting | sunting sumber]

Banyak sekali hidupan eksotik seperti sotong kurita, cephalopods, udang geragau, ketam, rumpai laut dan sebagainya.

Perjalanan

[sunting | sunting sumber]

Para pengunjung boleh menaiki kapal terbang kecil dari Kota Kinabalu terus ke Lapangan Terbang Tawau. Dari jeti di Tawau, terdapat bot laju yang boleh disewa ke Pulau Mabul. Perjalanan mengambil masa lebih kurang empat (4) jam untuk tiba ke destinasi tersebut. Harus diingatkan juga, perjalanan pergi dan balik bagi setiap pengunjung diwajibkan mempunyai permit lawatan dan trip perjalanan tidak boleh melebihi dari pukul empat (4) petang. Ini kerana, selepas pukul empat (4) petang, terdapat bot pintasan yang akan mengawasi perairan ini yang boleh menyebabkan kewarganegaraan seseorang boleh dipertikai antara negara Malaysia dan Filipina.

Pautan Luar

[sunting | sunting sumber]