"Put Your Hearts Up" | ||||
---|---|---|---|---|
Single oleh Ariana Grande | ||||
Bahasa | Inggeris | |||
Dilancarkan pada | 12 Disember 2011 | |||
Dirakamkan pada | 2011 | |||
Format | Muat turun digital | |||
Genre | Pop bubblegum | |||
Panjang | 3:30[1] | |||
Syarikat | Universal Republic Records | |||
Penulis |
| |||
Penerbit | Matt Squire | |||
Kronologi single Ariana Grande | ||||
| ||||
sunting · sunting di Wikidata |
"Put Your Hearts Up" ialah single penampilan sulung penyanyi Amerika Syarikat, Ariana Grande. Single tersebut dilancarkan pada 12 Disember 2011 oleh Republic Records (pada waktu itu dikenali sebagai Universal Republic Records). Lagu ini mensampelkan "What's Up" oleh 4 Non Blondes.
Tiga tahun selepas pelancarannya, Ariana meluahkan perasaan tidak puah hati terhadap "Put Your Hearts Up", menyatakan bahawa beliau tidak menyukai lagu itu dan video muziknya. Beliau kemudiannya menyatakan ia merupakan 'detik terburuk dalam kehidupan saya' dan 'terus dari neraka' semasa dalam sesi temuramah Rolling Stone pada tahun 2014.[2]
Ariana mula berkarya untuk album penampilan sulungnya semasa beliau memfilemkan rancangan Victorious dan bermula secara formal bersama dengan syarikat rakaman Universal Republic Records pada 10 Ogos 2011.[3][4] Pada 10 September tahun itu, Ariana sudah mempunyai 20 lagu yang tersedia dan melalui proses pemilihan kepada 13 lagu untuk disertakan dalam album.[5]
Lagu "Put Your Hearts Up" dikarang oleh Matt Squire, Linda Perry dan Martin Johnson, dan dilancarkan sebagai single pertama pada 12 Disember 2011. Ia merupakan lagu beraliran pop bubblegum dengan ilham "doo-wop 50-an, 60-an" yang berbicara tentang menjadikan dunia suatu tempat yang lebih baik.[6]
Kawasan | Pengiktirafan | Unit/jualan diperakui | Rujukan |
---|---|---|---|
Amerika Syarikat | Emas | 500,000 | [7] |
angka-angka penjualan+penstriman berdasarkan pada pengiktirafan sahaja |
|deadurl=
ignored (bantuan)
Jika perlu, klik Advanced, kemudian klik Format, pilih Single, dan klik SEARCH.