Vittoria di Savoia | |||||
---|---|---|---|---|---|
Fail:Vittoria di Savoia Louis Vuitton 2019.png Vittoria pada tahun 2019 | |||||
Keputeraan | Geneva, Switzerland | 28 Disember 2003||||
| |||||
Kerabat | Savoy | ||||
Ayahanda | Emanuele Filiberto, Pengiran Venezia | ||||
Bonda | Clotilde Courau | ||||
Agama | Rom katolik |
Vittoria Cristina Adelaide Chiara Maria di Savoia (lahir 28 Disember 2003) ialah puteri kepada Emanuele Filiberto, Pengiran Venezia, yang merupakan penuntut takhta Keluarga Diraja Savoy selepas Raja Umberto II terpaksa begawan pada tarikh 12 Jun 1946.[1][2][3]
Memandangkan undang-undang pewarisan di dalam Kerabat Savoy, hanya membenarkan lelaki sahaja yang boleh memimpin keluarga diraja. Selama 1000 tahun sejarah mereka, belum pernah ada seorangpun wanita yang menjadi kepala keluarga. Pada tahun 2019, Vittorio Emanuele, Pengiran Napoli, datuk Vittoria, mengisytiharkan bahawa undang-undang pewarisan Savoy akan diubah suai. Vittoria diletakkan sebagai pewaris kedua di belakang ayahandanya.[4]