Raden Ahmad Kosasih

R.A. Kosasih
KelahiranRaden Ahmad Kosasih
(1919-04-04)4 April 1919
Buitenzorg, Hindia-Belanda (kini Bogor, Indonesia)
Meninggal dunia24 Julai 2012(2012-07-24) (umur 93)
Tangerang Selatan, Banten, Indonesia
KewarganegaraanIndonesia
Bidang-bidangPenulis
Pelukis
Pendakwat

Karya terkenal
Sri Asih
Siti Gahara
Mahabarata
Ramayana

[[Berkas:Bhagawadgita-Kosasih.jpg|thumb|Salah sebuah karya R.A. Kosasih yang telah dicetak semula oleh Elex Media Komputindo.]] Raden Ahmad Kosasih (lahir di Buitenzorg (kini Bogor, Jawa Barat), 4 April 1919 – meninggal di Tangerang Selatan, Banten, 24 Julai 2012 pada umur 93 tahun   ) merupakan seorang penulis dan pelukis komik terkenal dari Indonesia. Generasi komik masa kini menganggapnya sebagai Bapa Komik Indonesia.

Nama beliau telah diabadikan menjadi gelaran anugerah komik Indonesia, Kosasih Award.

Anak lelaki beliau Niki Kosasih pula merupakan penulis skrip drama radio yang dikenali dengan karyanya Saur Sepuh.

Jenis Karya

[sunting | sunting sumber]

Karya Kosasih banyak diilhamkan dari kesusasteraan agama Hindu (Ramayana dan Mahabharata) serta sastera tradisional Indonesia, terutamanya daripada sastera Jawa dan Sunda. Selain itu beliau juga turut melukis beberapa komik berkisahkan seni bela diri silat yang mempunyai pengaruh China walaupun tidak terlalu banyak. Kosasih mula melukis sejak tahun 1953. Kebanyakan karyanya adalah lukisan lakaran hitam-putih tanpa menggunakan warna. Beliau pencen dari melukis pada tahun 1993.

Permulaan Pekerjaan

[sunting | sunting sumber]

Kosasih memulakan kerjanya semasa beliau bertugas bersama penerbitan Melodi di Bandung. Karya-karyanya yang lebih menonjol dan memperkenalkan dirinya telah diterbitkan oleh penerbitan Maranatha.

Penerbitan Semula

[sunting | sunting sumber]

Sejak kebelakangan tahun 1990-an, karya-karya Kosasih telah dicetak semula oleh Elex Media Komputindo dan penerbit Paramita di Surabaya. Kosasih telah menghebuskan nafas terakhir pada usia 93 tahun.

Maklumat lanjut

[sunting | sunting sumber]