Raed Salah | |
---|---|
رائد صلاح | |
Kelahiran | 1958 Umm al-Fahm, Israel |
Warganegara | Palestin |
Nama lain | ראאד סלאח |
Kerakyatan | Israel |
Pusat pendidikan | Universiti Hebron |
Pekerjaan | Penceramah Islam |
Terkenal kerana | Pemimpin cawangan utara Gerakan Islam di Israel |
Anak-anak | 8 |
Syeikh Raed Salah Abu Shakra (Arab: رائد صلاح , Ibrani: ראאד סלאח ; lahir 1958) ialah seorang pemimpin agama di Palestin berasal dari Umm al-Fahm, Israel. Beliau menjadi dikenali apabila menjadi pemimpin cawangan utara Gerakan Islam di Israel. Beliau menjadi datuk bandar Umm al-Fahm pada 1989 tetapi berundur pada 2001 untuk memberi tumpuan kepada kegiatan keagamaannya.[1] Beliau mempunyai lapan orang anak, dan merupakan bekas penyair.[2]
Syeikh Raed ialah seorang tokoh terkenal dalam kalangan dunia Islam dan masyarakat Palestin di atas sokongan kuatnya mempertahankan al-Aqsa yang cuba diambil alih Israel.[3] Beliau, antara lain, menyampaikan khutbah memuji para pelindung al-Aqsa dan sering menganjurkan program perjalanan bas untuk Cawangan Utaranya dari penempatan orang Palestin di Israel ke Baitulmaqdis sebagai cara untuk menguatkan ikatan antara Muslim dan kawasan suci itu.[4]
Israel menuduh Syeikh Raed menghasut kepada kekejaman dan menyokong keganasan. Mereka telah menahan Syeikh Raed banyak kali dan beliau menghabiskan banyak tahun dalam penjara Israel. Walau bagaimanapun, penahanan beliau menjadikan beliau semakin dikenali.[2]
Pada 2021, Syeikh Raed dianugerahkan Hadiah Al-Murabit oleh Kesatuan Ulama Muslim Antarabangsa.[5][6]
![]() |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Raed Solah |
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Prusher
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama basics