Raeesah Begum binte Farid Khan | |
---|---|
Ahli Parlimen | |
Menyandang jawatan 11 Julai 2020 Bersama dengan: He Ting Ru Louis Chua Kheng Wee Jamus Lim | |
Kawasan pilihan raya | GRC Sengkang |
Maklumat peribadi | |
Lahir | 1994 (umur 30–31) Singapura |
Kerakyatan | Singapura |
Parti politik | Parti Pekerja |
Tempat belajar | Universiti Murdoch |
Pekerjaan | Ahli politik, aktivis |
Raeesah Begum binte Farid Khan (lahir 1994) merupakan seorang aktivis[1] dan ahli politik Singapura.
Raeesah bermula kerjanya sebagai seorang aktivis ketika berumur 17 tahun, terutamanya dengan isu-isu pelarian.[1] Beliau juga seorang pengasas Pergerakan Reyna.[1][2] Beliau pernah belajar ekonomi dan pemasaran di Universiti Murdoch sebelum menyertai bidang politik.[2]
Pada pilihan raya 2020, beliau bertanding untuk GRC Sengkang sebagai ahli Parti Pekerja. Beliau juga calon termuda dalam parti pembangkang tersebut.[2] Pada 11 Julai, beliau dipilih ke Parlimen.[3]
Beberapa hari sebelum pilihan raya 2020, Raeesah mencetuskan kontroversi atas komennya berkaitan dengan isu perkauman dan agama.[4] Menurut Pasukan Polis Singapura (SPF), komen yang ditulis calon pembangkang itu menyatakan bahawa undang-undang Singapura yang mendiskriminasi warganegara sementara orang Cina dan putih kaya dianggap tidak sama.[4] Beliau kemudian meminta maaf atas kenyataan tersebut.[4]