Ragheb Alama | |
---|---|
Latar belakang | |
Nama lahir | Ragheb Sobhi Alama راغب صبحي علامة |
Kelahiran | Ghoubeiry, Beirut, Lubnan | 7 Jun 1962
Genre | pop Arab |
Pekerjaan | Pelakon, komposer, personaliti televisyen |
Instrumen | Vokal, oud |
Tahun aktif | 1982–kini |
Syarikat rakaman | Backstage Production |
Ragheb Alama (Arab: راغب علامة lahir di Ghoubeiry, Beirut, Lubnan, 7 Jun 1962; umur 62 tahun) ialah seorang penyanyi Lubnan, penari, komposer, personaliti televisyen dan dermawan.[1] Alama memulakan kerjayanya pada tahun 1980-an apabila dia muncul sebagai peserta dalam siaran talent show Studio El Fan, di mana dia menerima Anugerah Platinum.[2]
Alama dilahirkan di Ghoubeiry di Beirut, Lubnan. Beliau dilahirkan dalam keluarga Syiah, anak kepada Sobhi Alama dan Wafiqa Alama. Dia mempunyai empat saudara lelaki (Mohammad, Ahmad, Khoder dan Hassan) dan tiga saudara perempuan (Sabiha, Rima, dan Lina) - yang mana dia adalah anak tengah. Bapanya menamakannya sempena nama hakim Lubnan yang pertama, "Ragheb Beik Alama". Pada usia lapan tahun, Ragheb mengambil bahagian bermain Oud dan mengambil bahagian dalam program radio secara langsung untuk mempamerkan bakatnya.
Pada 1996 Alama berkahwin dengan Jihan al-Ali, yang melahirkan dua anak lelakinya, Khaled (lahir 1998) dan Louai (lahir 2001). Alama juga mempunyai sepupu kedua bernama Rola Alama.[3]