Raja Perlis | |
---|---|
راج ڤرليس | |
Negeri | |
Penjawat kini | |
Tuanku Syed Sirajuddin ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail sejak sejak 17 April 2000 | |
pertabalan 7 Mei 2001 | |
Butiran | |
Gelaran | Duli Yang Maha Mulia |
Pewaris takhta | Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail Raja Muda Perlis |
Penyandang pertama | Raja Syed Hussein Jamalullail |
Pembentukan | 20 Mei 1834 |
Persemayaman | Istana Arau, Arau |
Laman sesawang | dymm |
Duli Yang Maha Mulia Raja Perlis ialah ketua negeri beraja bagi negeri Melayu, Perlis di Malaysia.[1] Sejak kemerdekaan daripada British pada 1957, dua orang raja telah menaiki takhta, walaupun institusi diraja bermula sejak awal abad ke-19.[2]
Raja Perlis juga dikenali dengan Wangsa Jamalullail,[3][4] dengan leluhurnya telah dijejak dari pemerintah pertama, Raja Syed Hussein ibni Almarhum Syed Harun Jamalullail. Gelaran rasmi Raja Perlis ialah Duli Yang Maha Mulia Raja Perlis.[5]
Kehadiran wangsa Jamalullail di Perlis bermula apabila seorang saudagar kerabat Alawi, Syed Ahmad Jamalullail berketurunan Muhammad bin Hasan al-Muallim bin Muhammad Asadillah bin Hasan al-Turabi dari Hadramaut berhijrah ke Kedah pada tahun 1735. Pada tahun 1751, anaknya yang bernama Syed Harun telah berpindah ke Cenak di Singgora lalu melakukan perniagaan di sana. Namun begitu, kejayaan perniagaannya menimbulkan fitnah terhadapnya, dan akibat ancaman dari Raja Singgora, Syed Harun berhijrah semula ke Perlis lalu mengasaskan petempatan di Arau, manakala pengikutnya membuka penempatan di Padang Siding.[6]
Sultan Dhiauddin Mukarram Shah II yang memerintah Perlis dan Kedah pada masa itu tertarik dengan keperibadian Syed Harun. Baginda mengahwinkan puteri baginda bernama Tengku Sofiah dengan Syed Harun. Sebagai hadiah perkahwinan tersebut, baginda telah menganugerahkan mukim Arau untuk ditadbir oleh Syed Harun dan keturunannya sebagai penghulu.[7] Perkahwinan Syed Harun dengan Tengku Sofiah tidak menghasilkan zuriat. Syed Harun kemudiannya mengahwini Wan Fatimah yang juga merupakan cucu kepada Dato’ Johan Lela Perkasa, salah seorang pembesar yang berkhidmat di istana Sultan Dhiauddin Mukarram Shah II.
Syed Harun dan Wan Fatimah telah dikurniakan seorang anak yang dinamakan Syed Hussein pada tahun 1805. Syed Hussein ini dijaga dan dididik dengan adat istiadat istana oleh bonda tirinya, Tengku Sofiah. Syed Harun telah meninggal dunia pada tahun 1825 ketika mana berlaku Perang Musuh Bisik. Anakandanya, Syed Hussein telah menggantikan beliau sebagai penghulu yang kedua bagi mukim Arau. Setelah perang tamat, Perlis telah dijadikan negeri baharu oleh Siam dan ditadbir berasingan daripada Kedah. Raja Long Krok telah dilantik sebagai gabenor Perlis manakala Syed Hussein sebagai timbalannya.[8] Selepas Raja Long Krok meninggal dunia, Syed Hussein telah diiktiraf sebagai gabenor Perlis.
Pada tahun 1843, Syed Hussein telah ditabal secara rasmi oleh Raja Siam sebagai Phya Polit dalam bahasa Siam atau Raja Perlis dalam bahasa Melayu dengan gelaran Raja Syed Hussein Jamalullail. Kepada baginda, Raja Rama III telah mengurniakan gelaran Phya Songkram Ramu Wichit Wilis Asmara Phya Polit atau boleh disingkatkan sebagai Phya Polit,[9] menandakan permulaan pemerintahan wangsa Jamalullail sebagai Raja Perlis hingga kini.[10]
No. | Gambar | Nama | Naik takhta | Turun takhta | Catatan |
---|---|---|---|---|---|
1 | Raja Syed Hussein Jamalullail | 1843 | 1873 | Mengasaskan pemerintahan beraja Perlis pasca-Perang Musuh Bisik. | |
2 | Raja Syed Ahmad Jamalullail | 1873 | 1897 | Anakanda raja sebelumnya. | |
3 | Raja Syed Safi Jamalullail | 1897 | 1904 | Cucunda raja sebelumnya. | |
4 | Raja Syed Alwi Jamalullail | 1904 | 1943 | Anakanda raja sebelumnya. | |
5 | Raja Syed Hamzah Jamalullail | 1943 | 1945 | Anakanda Raja Syed Safi. | |
6 | Tuanku Syed Putra Jamalullail | 1945 | 2000 | Ditabalkan pada 12 Mac 1949 akibat tercetusnya Perang Dunia Kedua. | |
7 | Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail | 2000 | Penyandang | Anakanda raja sebelumnya. |
Syed Ahmad Jamalullail | |||||||||||||||||||||
Syed Harun Jamalullail | |||||||||||||||||||||
1. Syed Hussain Jamalullail 1843-1873 | |||||||||||||||||||||
2. Syed Ahmad Jamalullail 1873-1897 | |||||||||||||||||||||
Syed Alwi Jamalullail | |||||||||||||||||||||
3. Syed Saffi Jamalullail 1897-1904 | |||||||||||||||||||||
4. Syed Alwi Jamalullail 1904-1943 | Syed Mahmud Jamalullail | 5. Syed Hamzah Jamalullail 1943-1945 | |||||||||||||||||||
Syed Hassan Jamalullail | |||||||||||||||||||||
6. Syed Putra Jamalullail 1945-2000 | |||||||||||||||||||||
7. Syed Sirajuddin Jamalullail 2000-kini | |||||||||||||||||||||
Syed Faizuddin | |||||||||||||||||||||
Syed Sirajuddin Areeb | |||||||||||||||||||||