Jumlah penduduk | |
---|---|
6,500 Komuniti India di Sarawak mmerangkumi 0.2% daripada jumlah penduduk Sarawak (2023)[1] | |
Kawasan ramai penduduk | |
![]() | |
Bahasa | |
Tamil (Bahasa Tamil Malaysia)(majoriti) , dan Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris (Tanglish and Manglish) bahasa India lain : Telugu, Punjabi, Malayalam | |
Agama | |
Hindu (Majoriti), Kekristianan, Sikh, Islam, Buddha, Baháʼí, Jain | |
Kumpulan etnik berkaitan | |
Orang India Malaysia di lain-lain Negeri di Malaysia , Chitty, Chindia, Tamil, Malayali, Telugu |
Page Templat:Kotak info bahasa/styles.css has no content.
Kaum | மலேசிய இந்தியர் Orang India Malaysia |
---|---|
Bahasa | தமிழ் Tamiḻ மலாய் மொழி Melayu മലയാളം Malayalam ਪੰਜਾਬੀ Punjabi Telugu తెలుగు বাংলা Benggali ગુજરાતી Gujrati |
Negara | மலேசியா Malaysia |
Orang India Sarawak ialah orang India Malaysia yang tinggal terutamanya di negeri Sarawak, Malaysia.>Komuniti India di Sarawak mmerangkumi 0.2% daripada jumlah penduduk Sarawak dan merupakan antara kaum minoriti di negeri tersebut.[1]
Berbeza dengan di Semenanjung Malaysia, populasi India di Sarawak adalah kecil. Dijangkakan antara 6,500 orang (angka ini juga termasuk mereka yang berketurunan campuran dan profesional/pelajar/penduduk dari bahagian lain Malaysia), kebanyakannya terdapat di bandar seperti Kuching dan Miri. Kebanyakan India di Sarawak adalah orang Tamil. Terdapat juga minoriti India dari kumpulan etnik Punjabi, Sikh, Telugu, Sindhi, dan Malayali . Sarawak adalah satu-satunya negeri di Malaysia yang tidak meraikan Deepavali sebagai cuti umum.[2] Sebahagian besar komuniti Asia Selatan kontemporari di Sarawak terdiri daripada individu yang berasal dari perkahwinan campuran dengan orang Melayu, Cina, dan pelbagai kumpulan etnik pribumi. Ramai India Sarawak telah mengejar kerjaya yang berjaya dalam bidang seperti perubatan, undang-undang, kejuruteraan, pendidikan, dan bidang profesional lain, sama ada dalam sektor kerajaan mahupun swasta.