Raline Shah | |
---|---|
![]() Raline Shah di Festival Film Indonesia 2015. | |
Kelahiran | Raline Rahmat Shah 4 Mac 1985 |
Warganegara | Indonesia |
Pendidikan | Ijazah B.A dalam Sains Politik dan Media & Komunikasi Baru (Kepujian) |
Pusat pendidikan | Universiti Kebangsaan Singapura |
Pekerjaan | Pelakon, Peragawan |
Tahun aktif | 2008 - kini |
Ibu bapa | Rahmat Shah (bapa) Roseline Rahmat (ibu) |
Saudara | Rollin Shah (adik) Rollan Shah (adik) |
Laman web rasmi | www |
Raline Rahmat Shah (lahir 4 Mac 1985) ialah seorang pelakon dan peragawan Indonesia.
Beliau mula bergiat aktif sebagai salah seorang finalis Puteri Indonesia 2008 dan menjadi peserta paling diminati.[1][2] Beliau terkenal di Malaysia menerusi lakonannya dalam filem Polis EVO 2 (dikenali sebagai Police Evo di Indonesia).[3]
Raline Shah dilahirkan pada 4 Mac 1985 di Jakarta kepada ibu bapanya, Rahmat Shah berasal dari Medan, Sumatera Utara dan Roseline Rahmat, ialah seorang suri rumah yang juga aktif dalam kegiatan sosial dan kini menjadi pengerusi YPAC Medan. Raline ialah anak sulung daripada tiga beradik dan mempunyai dua adik lelaki, iaitu Rollin dan Rollan. Bapanya ialah ahli perniagaan, diplomat, dan ahli politik (tahun 1999 terpilih menjadi anggota Majelis Permusyawaratan Rakyat Utusan Daerah Sumatera Utara), banyak membina dan memimpin organisasi. Beliau menerima pendidikan tinggi dari Universiti Kebangsaan Singapura (NSU) dalam bidang sains politik, dan mendapat ijazah B.A dalam Sains Politik dan Media & Komunikasi Baru (Kepujian).[4]
Aline merupakan anak ke 2 dari 3 bersaudara kandung dari pasangan Rahmat Shah yang bapanya keturunan India-Cina-Batak dan Roseline Rahmat yang ibunya berdarah Pakistan-Melayu-Jawa.[perlu rujukan]
Raline Shah memegang watak Meirose dalam filem Surga yang Tak Dirindukan (2015) arahan Kuntz Agos, yang turut dibintangi oleh Fedi Nuril, Laudya Chintya Bella dan Zaskia Adya Mecca. Beliau kembali melakonkan watak sama dalam kesinambungannya yang ditayangkan pada 2017 arahan Hanung Bramantyo.[5] Beliau turut menyumbangkan suaranya untuk runut bunyi filem ini yang bertajuk "Kekasih di Surga".[6] Beliau seterusnya muncul bersama lagu "Jadi Milikku", berduet bersama Marcell.[7][8]
Pada 22 November 2018, Raline Shah memegang watak sebagai Rian, pegawai Polis Republik Indonesia (POLRI) dalam filem Polis EVO 2, yang ditayangkan di Indonesia pada 18 April 2019 dengan judul Police Evo dan menampilkan poster berbeza, ia menjadi filem Polis EVO pertama yang ditayangkan di sana.[9][10] Beliau dilaporkan sanggup menolak tawaran lain semata-mata bagi menjayakan filem ini.[11]
Pada April 2019, Raline Shah telah dipanggil oleh polis Korea Selatan bagi membantu siasatan terhadap penyanyi dan bekas ahli kumpulan Big Bang, Seungri yang berhadapan dengan tuduhan terbabit aktiviti pelacuran. Menurut laporan Allkpop, beliau terpalit dengan kontroversi tersebut ekoran foto yang memperlihatkan beliau berada di acara sambutan hari lahir Seungri yang diadakan di Filipina pada 2017.[12][13]
Pada 8 Ogos 2017, Raline Shah dilantik sebagai pengarah bebas Indonesia AirAsia, anak syarikat Indonesia milik syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia.[14][15][16]
Tahun | Tajuk | Peranan | Catatan |
---|---|---|---|
2012 | 5 cm | Riani | |
2013 | 99 Cahaya di Langit Eropa | Fatma | |
2014 | 99 Cahaya di Langit Eropa Part 2 | Fatma | |
Supernova | Rana | ||
2015 | Surga yang Tak Dirindukan | Meirose | |
2016 | Terpana | Adaline | |
2017 | Surga yang Tak Dirindukan 2 | Meirose | |
2018 | Polis EVO 2 | Rian |
Tahun | Tajuk | Catatan |
---|---|---|
2015 | "Kekasih di Surga"
|
OST Surga Yang Tak Dirindukan |
2017 | "Jadi Milikku"
|
Duet bersama Marcell |
Tahun | Anugerah | Kategori | Keputusan |
---|---|---|---|
2014 | Festival Film Bandung 2014 | Pemeran Pembantu Wanita Terpuji | Tercalon |
2015 | Festival Film Bandung 2015 | Pemeran Pembantu Wanita Terpuji | Menang |
Festival Film Indonesia 2015 | Piala Citra untuk Pemeran Pendukung Wanita Terbaik | Tercalon | |
2016 | Indonesia Box Office Movie Awards 2016 | Pemeran Pendukung Wanita Terbaik | Tercalon |
2018 | Indonesian Box Office Movie Awards 2018 | Pemeran Pendukung Wanita Terbaik | Tercalon |
Ensemble Talent Terbaik (bersama Fedi Nuril, Laudya Cynthia Bella, dan Reza Rahadian) | Tercalon |
![]() |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Raline Shah |