Randai merupakan persembahan teater etnik Minangkabau, Indonesia yang menggabungkan seni muzik, tarian, drama, nyanyian dan pencak silat. Randai biasanya dipersembahkan bagi upacara tradisi dan perayaan, dan kisah panjang mungkin memakan masa beberapa malam.[1] Ia dipersembahkan sebagai teater dalam bulatan bagi mencapai persamaan dan penyatuan antara penonton dan peserta.[2] Persembahan Randai merupakan gabungan tarian, seni bela diri, tarian rakyat, nyanyian, dan lakonan. Kisah disampaikan melalui lakonan dan nyanyian dan kebanyakannya berasaskan lagenda Minangkabau dan cerita rakyat.[1]
Randai berasal awal abad ke-20 hasil gabungan seni bela diri tempatan, penceritaan dan tradisi persembahan lain.[3] Lelaki biasanya memainkan peranan kedua-dua watak lelaki dan perempuan dalam cerita, tetapi sejak 1960-an wanita juga turut serta.[1]