Ridhi Dogra (lahir 22 September 1984) ialah seorang pelakon televisyen India yang terkenal dengan watak Priya di Maryada: Lekin Kab Tak? dan mengambil bahagian dalam Fear Factor: Khatron Ke Khiladi.[2][3]
Sebelum memasuki industri televisyen, Dogra ialah seorang penari di Institut Tarian Shiamak Dawar. Tugas pertamanya dalam industri itu adalah sebagai peenrbit bersama[4] Zoom.
Beliau juga menjadi pengacara rancangan khas Azaadi untuk Life OK pada tahun 2012. Pada tahun 2013, beliau menyertai Nach Baliye 6. Dogra juga bermain Savitri di Savitri, Aditi di Diya Aur Baati Hum, dan Nisha di Woh Apna Sa.[5][6][7]
Dogra dilahirkan pada 22 September 1984 di Delhi.[8] Beliau belajar di Sekolah Apeejay, Sheikh Sarai, New Delhi dan lulus dalam Psikologi (Kepujian) dari Kolej Kamala Nehru.[9]
Beliau berkahwin dengan Raqesh Vashisth. Beliau mengumumkan bahawa sedang memfailkan perceraian dengan Bapat.[10][11]
Saudaranya adalah pelakon Akshay Dogra dan bapa saudaranya ialah ahli politik Parti Bhartiya Janata kanan Arun Jaitley, yang meninggal dunia pada 24 Ogos 2019.[12][13][14]