Rue Montorgueil ialah sebuah jalan di arondisemen 1 dan arondisemen ke-2 (di daerah Montorgueil-Saint Denis-Les Halles) di Paris, Perancis. Dipenuhi dengan restoran, kafe, kedai roti, kedai ikan, kedai keju, kedai wain, gerai produk dan kedai bunga, rue Montorgueil ialah tempat untuk orang Paris bersosial sambil melakukan pembelian harian mereka.[1]