Rugii adalah suku kaum Jerman Timur yang mungkin berhijrah dari barat daya Norway ke Pomerania pada abad ke-1. Pada awal abad ke-4, puak Rugii bergerak ke arah selatan dan menetap di ulu Tisza dalam zaman purba Pannonia, yang sekarang dikenali sebagai Hungary moden. Mereka telah diserang oleh Hun, dan pada tahun 451 mereka berjuang bersama Atilla dalam pertempuran Lembah Catalunian. Pada tahun 453, mereka berjaya dalam pemberontakan terhadap suku Hun bersama-sama dengan suku-suku Jerman di Pertempuran Nedao, dan selepas itu mereka menetap di kawasan yang kini menjadi sebahagian dari Austria Hilir (kuno Noricum), utara Danube.
Menjelang tahun 467, Rugii sudah mencapai pemerintahan sebagai sebuah kerajaan yang berpengkalan di Austria Bawah di bawah takhta raja mereka ia itu Flaccitheus. Selepas kematiannya pada 475, Flaccitheus telah digantikan oleh anaknya Feletheus, yang telah menikah dengan Gisa seorang dari suku Goth. Pada tahun 476, Felethus menyokong kumpulan Herulian dan Scirian, iaitu askar upahan milik Odoacer, yang pernah mengguling Kaisar Romawi Romulus Augustus dan mengisytiharkan dirinya Raja Itali. Selepas Zeno, Kaisar Romawi bahagian Timur, berusaha untuk membuat konflik antara suku Rugii dan Odoacer, Felethus membunuh saudaranya Ferderuchus, yang berpihak pada Odoacer. Odoacer kemudiannya menyerang Kerajaan Rugii, di mana dia secara sepenuhnya mengalahkan tentera Rugii, dan Felethus bersama istrinya ditangkap serta dibunuh pada tahun 487di Ravenna. Wilayah mereka kemudiannya di masuki oleh kaum Lombard. Dua tahun kemudian, Rugii akan menyertai Theodoric Besar Yang Mulia, raja Ostrogoth, yang menyerang Itali dan mengalahkan Odoacer di 493.