Rumah sebandung, rumah berkembar atau dipanggil "semi-D" (Inggeris: semi-detached) ialah rumah kediaman keluarga tunggal dupleks yang berkongsi satu dinding bersama dengan rumah sebelahnya. Nama ini membezakan gaya rumahnya daripada rumah sesebuah, tanpa dinding berkongsi, dan rumah teres, dengan dinding berkongsi di kedua-dua sisi. Selalunya rumah sebandung dibangunkan kembar yang mana susun atur rumah adalah gambar pantulan antara satu sama lain.