SEC Centre | |
---|---|
Alamat | Exhibition Way Glasgow G3 8YW |
Lokasi | Glasgow, Scotland |
Koordinat | 55°51′39″N 4°17′17″W / 55.86085°N 4.28812°WKoordinat: 55°51′39″N 4°17′17″W / 55.86085°N 4.28812°W |
Pemilik | SEC Limited |
Dirasmikan | 27 November 1985 |
Dibuka | 06 September 1985 |
Diubah suai | 2000 |
Diluaskan |
|
Kos pembinaan | £36 juta |
Bekas nama | Scottish Exhibition Centre (semasa dirancang/dibina) Scottish Exhibition and Conference Centre (1985–2017) |
Dewan jamuan/besar | 400 (Suite Loch) 100 (Suite Seminar) 72 (Bilik Gala) 624 (Auditorium Lomond) 300 (Bilik Forth) |
Tempat duduk teater | 10,000 (Dewan Konsert 4) 5,000 (Dewan Konsert 3) |
Ruang tertutup | |
• Tingkat dewan pakeran | 23,355 m2 (251,391 ka2) |
• Mesyuarat | 4,431 m2 (47,695 ka2) |
Tempat letak kenderaan | 1,600 ruang parkir[1] |
Kemudahan basikal | 18 ruang parkir[2] |
Capaian transit awam | Stesen kereta api Exhibition Centre |
Laman sesawang | |
www.sec.co.uk |
SEC Centre (asalnya dikenali sebagai Pusat Pameran dan Persidangan Scotland sehingga 2017) merupakan pusat pameran terbesar di Scotland yang terletak di Glasgow, Scotland. SEC Centre merupakan salah satu daripada tiga bangunan utama di Scotland Event Campus.[3]
Sejak pembukaannya pada tahun 1985, kompleks ini telah mengalami dua perluasan besar: yakni pembinaan SEC Armadillo pada tahun 1997, dan OVO Hydro pada tahun 2013. Syarikat induk bagi bangunan ini ialah SEC Limited, sebuah syarikat yang dimiliki oleh Majlis Bandaraya Glasgow (91%) dan pelabur swasta (9%). Bangunan ini terkenal dengan penganjuran konsert di Dewan 4 dan Dewan 3.
Bangunan ini pernah merupakan tempat penganjuran Pertandingan Tarian Eurovision 2008[4], konvensyen Sains Fiksyen Dunia 1995 dan 2005 serta Persidangan Perubahan Iklim PBB 2021.[5]